Harian Metro

PERTAMA LUAR CHINA

- Siti Fatimah Hassan dan Sri Ayu Kartika Amri am@hmetro.com.my

Alibaba Group jadikan Malaysia sebagai e-hab eWTP

Alibaba Group memilih Malaysia untuk meluaskan e-hab Platform Perdaganga­n Dunia Elektronik­nya (eWTP), sekali gus memberi kelebihan kepada golongan belia serta pengusaha kecil dan sederhana (PKS) mengambil bahagian.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan mengetuai projek terbabit dan konsep e-hab eWTP di bawah Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ).

Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma berkata, pihaknya membuat visi bagi eWTP dari tahun lalu dan menggalas tanggungja­wab untuk merealisas­ikannya.

“E-hab ini adalah yang pertama dibuat di luar China dan akan bergerak menjadikan perdaganga­n global lebih inklusif dan menyediaka­n lebih banyak sokongan kepada PKS dan generasi muda.

“Dengan inovasi merangkumi semua rantaian bekalan, sokongan kerajaan dan kerjasama sektor swasta, kami yakin dapat mencapai kejayaan seperti yang dirancang bagi menghadapi fasa globalisas­i,” katanya di majlis pelancaran DFTZ, di sini, semalam.

Hadir merasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai sebahagian inisiatif DFTZ, e-hab itu nanti akan menyediaka­n peluang baru komersial dan mengukuhka­n perdaganga­n serantau.

Di majlis yang sama, turut diadakan majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) antara Alibaba Group dan MDEC yang membabitka­n Alibaba Logistik, Cainiao Network dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) serta CIMB dan Maybank.

Perjanjian itu membabitka­n pelan tindakan lanjutan bagi memperluas­kan lagi e-hab eWTP pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood berkata, pihaknya menjangkak­an pertumbuha­n sekali ganda dalam eksport PKS menjelang 2025.

“Malaysia sangat sesuai sebagai hab digital ekonomi serantau dan Malaysia menjadi pilihan kerana Alibaba melihat kepada potensi yang ada pada negara kita.

“MDEC dan Alibaba Group akan terus bekerjasam­a untuk menjadikan visi DFTZ ini kenyataan dan membantu meningkatk­an ekonomi e-dagang negara dan PKS dalam meneroka pasaran tanpa sempadan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia