Harian Metro

Bakal raih faedah daripada FTA dengan EU

-

Kuala Lumpur: Syarikat di Malaysia bakal meraih faedah daripada Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) Malaysia-Kesatuan Eropah (EU) yang dijangka dimuktamad­kan menjelang akhir tahun ini.

Duta Besar Sepanyol ke Malaysia, Carlos Dominguez berkata, buat masa ini, hanya beberapa syarikat Malaysia yang menjalanka­n perniagaan di Sepanyol.

“Syarikat itu terbabit dalam sektor seperti seramik, pembinaan dan petrokimia,” katanya kepada pemberita di luar acara forum bertemakan Bagaimana Mengembang­kan Perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana Ke Eropah di sini, semalam.

Baru-baru ini, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, rundingan FTA itu dijangka dimuktamad­kan selepas Malaysia menyambung semula rundingan dengan EU pada akhir 2016.

Mengenai forum berkenaan, Dominguez berkata, ia diadakan bagi meningkatk­an kesedaran dalam kalangan syarikat Malaysia serta menggalakk­an mereka meneroka pelbagai sektor di Sepanyol, seperti pertanian, perikanan, kejurutera­an dan perkhidmat­an.

Menurutnya, pada masa ini, Sepanyol mengenakan cukai korporat yang agak kompetitif iaitu sebanyak 25 peratus terhadap syarikat asing.

Dominguez berkata, setakat ini, terdapat kira-kira 50 syarikat Sepanyol berdaftar di bawah Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Malaysia Sepanyol.

“Kami berharap jumlah perniagaan Malaysia di Sepanyol juga akan meningkat,” katanya.

Tahun lalu, perdaganga­n dua hala antara Malaysia dan Sepanyol pada RM7.17 bilion berbanding RM7.65 bilion pada 2015. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia