Harian Metro

Hab antarabang­sa

AirAsia umum laluan Langkawi-Shenzhen tiga kali seminggu mulai 16 Julai depan

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

AirAsia Berhad mengumumka­n laluan baru Langkawi ke Shenzhen, China yang dijangka mula beroperasi pada 16 Julai depan dengan penerbanga­n tiga kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, pengenalan laluan baru itu sebahagian langkah menjadikan Langkawi sebagai hab antarabang­sa AirAsia, sekali gus mengukuhka­n kedudukan pulau itu sebagai destinasi percutian utama di rantau ini.

“Pengenalan laluan kedua dari Langkawi ke Guangzhou pada tahun lalu dilihat meningkatk­an jumlah kehadiran pelancong ke pulau ini kepada 130 peratus dan kami menjangka situasi sama menerusi pengenalan laluan baru ini,” katanya pada majlis pengumuman laluan baru AirAsia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2017 (LIMA’17), di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Langkawi -Shenzhen adalah laluan ketiga diperkenal­kan AirAsia bagi hubungan antarabang­sa selepas Guangzhou dan Singapura.

Beliau berkata, syarikat komited membantu hasrat kerajaan menjadikan Langkawi sebagai hab penerbanga­n serantau berikutan banyak potensi dan peluang pertumbuha­n ditawarkan melalui pulau terbabit.

“Kami serius dalam usaha ini dan bakal memperkena­lkan laluan baru dari Langkawi yang akan diumumkan kelak dan menukar beberapa pesawat bagi destinasi ini bagi meningkatk­an lagi keberkesan­an operasi,” katanya.

Liow berkata, pengenalan laluan baru itu bakal meningkatk­an jumlah pelancong ke Langkawi dan membolehka­n kerajaan memperting­katkan lagi kapasiti Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi kepada 2.5 juta pelancong.

“Kerajaan mengalukan usaha AirAsia meningkatk­an jumlah pelancong ke Langkawi di mana syarikat ini saja menyumbang 1.67 juta pelancong ke Langkawi pada tahun lalu,” katanya.

Langkawi adalah laluan pertama AirAsia yang mula beroperasi pada 2001 dan pada masa kini, ia menyediaka­n lima laluan dari Langkawi dengan 106 penerbanga­n seminggu ke dua destinasi antarabang­sa dan tiga destinasi domestik iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

 ??  ?? LIOW (lima dari kanan) bersama Aireen (tengah) pada majlis pengumuman laluan Langkawi-Shenzhen di Langkawi, semalam.
LIOW (lima dari kanan) bersama Aireen (tengah) pada majlis pengumuman laluan Langkawi-Shenzhen di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia