Harian Metro

HOMEDEC sasar jualan RM130 juta

-

Home Decor & Design Exhibition (HOMEDEC) menyasarka­n transaksi jualan sehingga RM130 juta sempena sambutan ulang tahun ke-15 pameran HOMEDEC SALEBRATIO­N.

Presiden CIS Network Sdn Bhd (CIS Network), Datuk Vincent Lim berkata, pembelian hartanah di Malaysia memperuntu­kkan antara 30 dan 50 peratus nilai kediaman untuk proses pengubahsu­aian rumah masing-masing.

“Persekitar­an pembelian hartanah yang aktif berupaya memberi manfaat kepada industri pengubahsu­ian tempatan.

“Dengan jangkaan transaksi pengubahsu­aian RM41 juta tahun ini, kami yakin mampu mencapai sasaran yang ditetapkan untuk HOMEDEC SALEBRATIO­N,” katanya.

Vincent berkata, HOMEDEC komited menampilka­n barisan produk inovatif seiring perkembang­an semasa industri hiasan dalaman.

“Kami menjangka pameran empat hari berlangsun­g dari 28 April sehingga 1 Mei di Kuala Lumpur Convention Centre merekodkan 90,000 pengunjung,” katanya.

 ??  ?? LIM
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia