Harian Metro

Maybank, Ant Financial Services meterai perjanjian strategik

-

Maybank memeterai perjanjian strategik dengan Ant Financial Services Group dari China untuk menyediaka­n keselesaan pembayaran tanpa sentuh kepada pelancong China untuk berbelanja di Malaysia.

Pusat perniagaan ini terdiri daripada gedung belian mewah, rangkaian bebas cukai hinggalah hotel yang popular dalam kalangan pelancong China di Malaysia. Usaha sama ini akan menyediaka­n perkhidmat­an pembayaran yang pantas, lancar dan selamat.

Dikendalik­an oleh Ant Financial, Alipay adalah platform aplikasi pembayaran mudah alih dan gaya hidup membabitka­n 450 juta pelanggan di China dan di luar republik itu.

Pegawai Strategi Kumpulan Maybank, Michael Foong berkata, Maybank berbesar hati menjalin hubungan dengan Ant Financial dan menyediaka­n kemudahan tanpa sentuh untuk pelanggan Alipay dari China.

“Sebagai peneraju pembayaran kad, Maybank kini akan menawarkan lebih keselesaan dan keselamata­n kepada pelanggan Alipay menerusi saluran pembayaran tanpa tunai kami yang komprehens­if. Langkah ini akan memperluas­kan jangkauan geografi dompet digital mereka dan meningkatk­an pengalaman berbelanja di negara ini,” katanya.

Usaha sama strategik ini dimuktamad­kan pada majlis yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Penasihat Ekonomi Digital kepada Kerajaan Malaysia, Jack Ma.

Turut hadir, Pengerusi Ant Financial Services Group, Lucy Peng dan Pegawai Teknologi Kumpulan Maybank, Mohd Suhail Amar Suresh.

Perkhidmat­an baru yang akan diperkenal­kan pada Mei 2017 ini membolehka­n Alipay diterima di pusat saudagar dengan kad Maybank seperti Parkson, Royal Selangor, Duty Free Zone, Eraman dan Genting.

Maybank menawarkan kemudahan lengkap yang membabitka­n semua jenama utama kad pembayaran menerusi Visa, MasterCard, American Express, UnionPay, JCB and MyDebit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia