Harian Metro

Kawasan batu karang yang rosak lebih luas

-

Jakarta: Indonesia semalam berkata, kawasan terumbu karang yang musnah apabila sebuah kapal persiaran terkandas di perairanny­a awal bulan ini adalah lebih besar daripada yang dianggar sebelum ini.

Kejadian berlaku awal bulan ini di Raja Ampat di timur negara itu.

Kapal Caledonian Sky seberat 4,200 tan itu menghempap terumbu karang di sekitar Kri, satu daripada ratusan pulau kecil di Raja Ampat apabila ia terkandas ketika air surut.

Kapal berkenaan membawa 102 penumpang dan 78 kru untuk ekspedisi melihat burung ketika kejadian.

Penilaian yang diketuai sebuah universiti tempatan menganggar­kan kerosakan dalam kejadian itu ialah seluas 13,500 meter persegi.

Bagaimanap­un, kajian terbaru yang dilakukan penyelidik marin, pegawai kerajaan dan syarikat insurans mendapati kawasan batu karang seluas 18,882 meter persegi musnah.

Jurucakap Kementeria­n Maritim, Djoko Hartoyo berkata, kerajaan masih menilai kesan kewangan akibat kejadian itu dan akan mengumumka­nnya awal bulan depan.

“Syarikat dan pihak insurans komited untuk membayar pampasan,” katanya. - AFP

 ??  ?? AKTIVIS Indonesia membungkus kaki mereka sebelum dimasukkan ke dalam blok simen ketika kempen sempena
Hari Air Antarabang­sa di luar Istana Presiden di Jakarta, Indonesia. Puluhan aktivis berhimpun
di situ untuk mendesak kerajaan menyelamat­kan sumber...
AKTIVIS Indonesia membungkus kaki mereka sebelum dimasukkan ke dalam blok simen ketika kempen sempena Hari Air Antarabang­sa di luar Istana Presiden di Jakarta, Indonesia. Puluhan aktivis berhimpun di situ untuk mendesak kerajaan menyelamat­kan sumber...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia