Harian Metro

Gempa gegar Bali, pelancong panik

-

Denpasar: Pelancong di Bali meninggalk­an hotel mereka dalam keadaan cemas semalam selepas gempa bumi menggegark­an pulau peranginan popular Indonesia itu pada awal pagi.

Gempa 5.5 magnitud itu melanda kira-kira 10 kilometer ke timur laut Denpasar, ibu negeri Bali dan tidak jauh dari kawasan tumpuan pelancong di selatan pulau berkenaan.

Tiada laporan mengenai kemalangan jiwa dan kerosakan dilaporkan selepas kejadian pada jam 7 pagi itu.

Bagaimanap­un, beberapa pelancong terkejut dan cemas.

“Puluhan

tetamu kami meluru keluar dari bilik mereka apabila gempa berlaku. Bagaimanap­un, keadaan cemas itu tidak lama dan mereka kembali semula masuk ke bilik masing-masing,” kata Nyoman Pasek, kakitangan Hotel Sayang Maha Mertha di Kuta.

Penduduk tempatan berkata, gempa itu juga menyebabka­n panik di pulau Lombok.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, gempa itu dirasakan di Denpasar selama lima saat.

Indonesia berada di atas ‘Lingkaran Api Pasifik,’ menyebabka­n ia sering dilanda gempa. - Reuters

 ??  ?? PELANCONG asing melintasi menara amaran tsunami di Kuta berhampira­n Denpasar di Bali, semalam. - AFP
PELANCONG asing melintasi menara amaran tsunami di Kuta berhampira­n Denpasar di Bali, semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia