Harian Metro

Liputan kempen antidadah jejas kedatangan pelancong

-

Setiausaha Pelanconga­n Filipina semalam menggesa media supaya tidak membuat liputan secara meluas mengenai kempen memerangi dadah Presiden Rodrigo Duterte kerana laporan mengenainy­a menjejaska­n kedatangan pelancong ke negara itu.

Bercakap kepada wartawan Filipina yang mengiringi lawatan Duterte ke Bangkok, Setiausaha Pelanconga­n, Wanda Teo berkata, negara itu adalah destinasi selamat tetapi wartawan menakutkan pelancong kerana memberi tumpuan terhadap pembunuhan ke atas suspek dadah.

“Bantu kami. Kini sukar untuk kami menjual

Filipina, lebih-lebih lagi dengan pembunuhan tanpa bicara menjadi topik,” kata Wanda.

Menurutnya, syarikat pengendali pelanconga­n di luar negara sering bertanya mengenai isu itu.

“Kepada media, harap kurangkan liputan mengenai kempen antidadah itu,” katanya.

Duterte menjadi presiden tahun lalu dengan ikrar untuk menghapusk­an kegiatan dadah di negara itu dengan membunuh puluhan ribu orang. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia