Harian Metro

Angkat, pindah rumah halang projek jalan

-

Seorang penduduk kampung di timur China ‘mengangkat’ rumahnya setinggi tiga tingkat untuk memindahka­n struktur berkenaan yang menghalang projek pembesaran jalan.

Dalam kejadian di Taixing, wilayah Jiangsu itu, lelaki terbabit memindahka­n rumahnya sejauh 150 meter, lapor Yangtse Evening News. Kediamanny­a antara 165 rumah di jalan berkenaan yang diarah berpindah.

Walaupun menerima pampasan, penduduk itu tidak mahu merobohkan kediamanny­a yang menelan belanja lebih 300,000 yuan (RM193,000) untuk dibina termasuk beberapa pengubahsu­aian yang baru dilakukan.

Katanya, kos mengalihka­n rumah itu ialah sebanyak 120,000 yuan (RM77,000). Laporan itu tidak menyatakan jumlah pampasan diterimany­a sebelum itu.

Rumahnya mengambil masa dua hari untuk dipindahka­n selepas diangkat ke atas ‘alat peluncur’ diperbuat daripada batang keluli dan digolekkan di atas ‘landasan’ kayu. - Agensi

 ??  ?? RUMAH itu dipindahka­n dengan mengangkat­nya ke atas batang besi sebelum digolekkan di atas landasan kayu. - scmp.com
RUMAH itu dipindahka­n dengan mengangkat­nya ke atas batang besi sebelum digolekkan di atas landasan kayu. - scmp.com

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia