Harian Metro

Bedah budak empat kaki, dua tulang belakang

-

Chicago (Amerika Syarikat): Seorang bayi perempuan dari Ivory Coast yang dilahirkan dengan empat kaki dan dua tulang belakang berjaya dipisahkan daripada ‘kembar parasitnya’ dalam pembedahan rumit di sebuah hospital di sini.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Dominique dan berusia 10 bulan itu menjalani pembedahan selama enam jam membabitka­n lima pakar bedah di Hospital Kanak-kanak Advocate di Illinois pada 8 Mac lalu dan kini dijaga keluarga angkat yang membantuny­a selepas membaca kisahnya di Facebook.

Keluarga berkenaan akan menjaganya sehingga dia cukup sihat untuk pulang ke pangkuan ibu bapanya.

Pakar bedah Frank Vicari berkata, pembedahan itu amat rumit dengan risiko tinggi, termasuk kemungkina­n Dominique lumpuh, atau fungsi badannya terganggu, seperti membuang air kecil.

Bagaimanap­un, dia bernasib baik dan kini semakin pulih.

Katanya, Dominique dilahirkan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia