Harian Metro

Lelaki 83 tahun curi ambulans kerana tak puas hati

-

Pihak berkuasa di Long Island berkata, seorang lelaki berusia 83 tahun ditangkap selepas keluar dari hospital dan mencuri sebuah ambulans.

Polis berkata, Donald Winkler kecewa dengan kualiti penjagaan dan rawatan menyebabka­n dia keluar dari Pusat Perubatan Universiti Nassau kira-kira jam 1 pagi kelmarin.

Penyiasat berkata, Winkler kemudian mencuri sebuah ambulans di tempat parkir hospital.

Menurut polis, mereka menemui lelaki berkenaan di sebuah kedai berhampira­n tidak lama selepas itu.

Dia mengaku melarikan ambulans berkenaan dan ditahan sebelum dihantar semula ke hospital untuk menjalani pemeriksaa­n. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia