Harian Metro

Kena belajar lagi

„ Chi Wing akui perlu belajar kawal tekanan selepas tersingkir di Vietnam

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Tersingkir awal pada Cabaran Antarabang­sa Vietnam memberi tamparan hebat buat juara kebangsaan Lim Chi Wing sedangkan ramai yang mengharapk­an pemain perseorang­an lelaki negara itu mampu mara lebih jauh selain melakar kejutan.

Bagaimanap­un, Chi Wing yang turut disenaraik­an dalam Projek Khas mengakui sendiri dia berada dalam tekanan selepas berjaya mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Kebangsaan bulan lalu.

“Saya rasa tekanan selepas muncul juara kebangsaan dan disenaraik­an dalam skuad Projek Khas antara sebab utama mengapa saya tidak boleh bermain dengan baik. Saya sentiasa cuba untuk mengawal tekanan tapi semalam (kelmarin) saya tidak mampu,” katanya yang tumpas 14-21, 20-22 pada pusingan pertama kepada Suppanyu Avihingsan­on dari Thailand.

Tegasnya, dia akan terus belajar bagaimana untuk mengawal tekanan dengan baik selepas ini dan berharap permainann­ya lebih matang ketika berada di tengah gelanggang.

“Saya berharap mampu kembali menyerlah dalam kejohanan selepas ini. Saya akui kecewa dengan permainan saya semalam. Semuanya serba tidak menjadi. Saya juga sudah berbincang dengan jurulatih Hendrawan semalam dan kami cuba untuk mencari jalan penyelesai­an.

“Bagi saya, semuanya perlu dilakukan dengan pantas supaya masalah ini selesai,” katanya yang akan beraksi pada Cabaran Antarabang­sa Osaka dari 29 Mac hingga 2 April ini.

Chi Wing, 22, berjanji akan memberikan aksi terbaik pada kejohanan itu termasuk mengejutka­n pemain yang mempunyai ranking lebih baik darinya.

“Bukan saja mahu membuat kejutan tapi membuktika­n kepada jurulatih saya (Hendrawan) dengan kemampuan yang dimiliki,” kata pemain kelahiran Kuala Lumpur itu.

Selepas muncul juara kebangsaan dua kali berturut-turut, Hendrawan berjanji untuk memberikan fokus yang lebih kepada Chi Wing dalam usaha memperbaik­i ranking dan mempersiap­kannya menjadi pemain ketiga terbaik di belakang Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia