Harian Metro

Skuad hoki wanita jalani latihan intensif di Eropah

- Rudy Syareme Sheriffudi­n sukan@hmetro.com.my

Georgetown: Skuad hoki wanita negara membuat persiapan awal dalam usaha melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan menerusi latihan intensif di benua Eropah selama sebulan mulai 5 April ini.

Jurulatih Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, semua 22 pemain akan berlatih di Jerman, Belanda dan Belgium selain mengadakan beberapa perlawanan persahabat­an.

Beliau merancang sekitar 15 perlawanan persahabat­an di tiga negara itu dan latihan selama sebulan itu akan berakhir pada 6 Mei depan sebelum membuat persiapan lanjut.

Katanya, jika sebelum ini latihan hanya diadakan di sekitar Asia Tenggara sahaja, kelainan itu dibuat bagi memberikan pendedahan dan semangat baru buat pasukan hoki wanita negara yang kini sudah melayakkan diri ke Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia.

“Misi terpenting kini adalah layak ke Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Belgium dan Afrika Selatan pada Jun dan Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Bulan Bersama Idola di Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi di sini baru-baru ini bersama 36 murid menjalani klinik hoki yang diadakan secara percuma selama sehari.

Dhaarma berkata, setiap kejayaan memerlukan usaha gigih untuk mencapai cita-cita dan beliau amat yakin dengan kemampuan dan kebolehan pemain skuad hoki wanita negara yang kini semakin mempamerka­n peningkata­n.

“Harapan mereka amat tinggi supaya segala perancanga­n yang dibuat akan dapat direalisas­ikan selepas kejayaan pada Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia Januari lalu.”

 ??  ?? PEMAIN wanita negara akan berlatih di Jerman, Belanda dan Belgium.
PEMAIN wanita negara akan berlatih di Jerman, Belanda dan Belgium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia