Harian Metro

Bola keranjang impi raih emas

-

Kuala Lumpur: Skuad bola keranjang lelaki negara menaruh harapan tinggi untuk mengulangi pencapaian meraih emas Sukan SEA 1989 apabila beraksi Ogos nanti.

Jelas kapten negara Ma Chee Khuen, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri akan menjadi senjata utama buat mereka mengecewak­an pilihan utama Filipina yang sudah mengumpul 17 emas sejak bola keranjang mula dipertandi­ngkan pada 1977.

“Tahap keyakinan kami untuk melakar kejutan amat tinggi kali ini. Kami akan turun beraksi di gelanggang sendiri, apa saja boleh berlaku.

“Sasaran awal adalah melangkah ke final dan sekiranya sudah berjaya kami akan berusaha sebaik mungkin untuk muncul juara,” jelas pemain berusia 27 tahun itu.

Skuad lelaki negara akan menjalani latihan rapi termasuk pendedahan di luar negara selama sebulan.

“Kami berpeluang menilai kemampuan pada satu kejohanan peringkat Asia Tenggara Mei ini.

“Pencabar utama seperti Filipina, Thailand serta Indonesia akan bersaing. Jadi masing-masing akan melihat dan menilai kekuatan lawan pada kejohanan itu,” ujarnya.

Berbanding skuad wanita yang diletakkan sasaran untuk mempertaha­nkan emas yang dimenangi dua tahun lalu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) meletakkan sasaran pingat untuk skuad lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia