Harian Metro

Cabaran lebih ekstrem

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Cabaran berakit lasak atau ‘BDB Rafting’ antara kelainan yang akan menemui peserta Cabaran Sukan Lasak Bina Darulaman Berhad (BDB) tahun ini sekali gus menjanjika­n cabaran lebih ekstrem dan menyeronok­kan.

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusof berkata, beberapa perubahan dilaksanak­an termasuk menambah cabaran baru BDB Rafting selain mengekalka­n dua cabaran lain iaitu BDB Climb & Run dan BDB Extreme.

“Sejak edisi sulung pada 2016 yang memperkena­lkan cabaran maraton, kami akan mengubah sedikit dengan memperkena­lkan cabaran baru iaitu cabaran berakit lasak atau kami

„ ‘BDB

Rafting’ acara terbaru temui peserta Cabaran Sukan Lasak BDB tahun ini

panggil BDB Rafting kepada peserta,” katanya kepada Arena Metro.

Berdasarka­n jadual peringkat cabaran tahun ini, ia akan dimulakan di pulau legenda Mahsuri iaitu Langkawi sebagai lokasi pertama (Climb and Run) pada 22 April ini sebelum diteruskan ke Jitra (BDB Extreme) 23 September dan peringkat terakhir di Kulim (BDB Rafting) pada 18 November depan.

Beliau berkata, pihaknya tidak meletakkan sasaran jumlah penyertaan pada penganjura­n kali ini dan ia terbuka kepada semua individu tempatan serta luar negara untuk turut serta.

“Bagi kami ini bukan acara untuk mendapatka­n seramai peserta mungkin tapi lebih bertujuan untuk memberikan peluang kepada peserta menikmati keindahan alam negeri Kedah ketika mereka menyertain­ya.

“Malah menerusi penganjura­n acara ini juga ia sebagai usaha menggalakk­an masyarakat di negara ini mengambil bahagian dalam aktiviti riadah bagi mengamalka­n gaya hidup sihat dan aktif.

“Di samping itu, acara ini turut mendapat kerjasama baik daripada Kementeria­n Belia dan Sukan khususnya Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang saya percaya menyokong penuh usaha kami,” katanya.

Kepada peserta yang berminat boleh mendapatka­n maklumat lanjut berhubung Cabaran Sukan Lasak BDB menerusi laman web http://www.bdbtriplec­hallenge.my/ atau menghubung­i talian 017-2017768 dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

 ?? FOTO: ?? KHAIRY (kiri) dan Izham (tengah) pada pelancaran Cabaran Sukan Lasak BDB.
FOTO: KHAIRY (kiri) dan Izham (tengah) pada pelancaran Cabaran Sukan Lasak BDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia