Harian Metro

UMP ungguli bola jaring

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) muncul juara kategori institusi pengajian tinggi (IPT) Kejohanan Bola Jaring Terbuka UMP 2017 di Kompleks Sukan UMP, Gambang, di sini, baru-baru ini.

Kemenengan itu dicapai selepas menewaskan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Muadzam Shah 14-9 sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000.

Selaku naib johan, UNITEN menerima wang tunai RM750 manakala Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Kuantan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat dengan menerima wang tunai RM400 dan RM300.

Bagi kategori terbuka pula, AID Penang muncul juara selepas menang 13-10 ke atas pasukan Parlimen Maran sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000 manakala naib johan pula meraih wang tunai RM1,500.

Tempat ketiga menjadi milik pasukan Habriel 66 NC yang menerima wang tunai RM700 dan T-Team meraih wang tunai RM400 berpuas hati di tempat keempat.

Hadiah disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Sebanyak 30 pasukan, masing-masing 15 pasukan kategori terbuka dan IPT menyertai kejohanan tiga hari anjuran Pusat Sukan dan Kebuadayaa­n UMP.

Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Safie berkata, penganjura­n kejohanan itu bermatlama­t melahirkan bakat baru terutama dalam kalangan penuntut IPT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia