Harian Metro

SENYUM LEBAR KALAU MENANG!

- Ibrahim Isa sukan@hmetro.com.my

„ Peserta cabutan bertuah berpeluang bawa pulang televisyen, set BBQ, set VR dan bekas air sumbangan Lionmas Furnishers

Johor Bahru

Lionmas Furnishers (M) Sdn Bhd tampil menyampaik­an sumbangan televisyen berjenama, set BBQ, set VR dan bekas air yang akan diberikan kepada pemenang cabutan bertuah Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall bermula hari ini.

Semua hadiah itu akan diberikan menerusi cabutan bertuah sepanjang tiga hari kejohanan sekali gus memberikan peluang sama rata kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Pengurus Pemasarann­ya, Bella Gan Cui Ying berkata, 10 hadiah itu adalah sumbangan pihaknya bagi merancakka­n lagi Kejohanan Bowling Best! Harian Metro dengan harapan dapat membantu melahirkan generasi yang mengamalka­n budaya hidup sihat.

“Kami sudah bekerjasam­a dengan Harian Metro sejak lebih 10 tahun lalu dan menyokong apa saja aktiviti sihat yang dianjurkan pengurusan akhbar itu.

“Oleh itu, kami berharap hadiah yang disumbangk­an dapat memeriahka­n lagi kejohanan dan pembaca yang juga peserta dapat bertanding dalam keadaan selamat dan ceria,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya,

pihaknya berharap peserta yang menerima hadiah itu berpuas hati dengan kualiti barangan yang ditawarkan dan datang ke Lionmas untuk mendapatka­n barangan lain.

Katanya, sejak mula ditubuhkan pada 1993 di Seri Alam, Lionmas kini mempunyai 39 cawangan dengan 30 daripadany­a di Johor, enam di Selangor, Melaka (dua) dan Negeri Sembilan (satu).

Antara kelebihan utama Lionmas, katanya, mereka menawarkan khidmat ansuran mudah tanpa deposit dan bayaran balik boleh dilakukan hingga lima tahun.

“Selain itu, sejak awal bulan ini kami menawarkan skim ansuran mudah selama tiga tahun untuk membeli telefon pintar. Ia skim ansuran terbaik di pasaran dengan pelbagai hadiah menarik.

“Selain itu, disebabkan Johor antara pengeluar perabot terbesar negara, kami menempah semua perabot di beberapa kilang di Muar dan Batu Pahat yang terkenal kerana menghasilk­an perabot kualiti eksport sebelum menawarkan­nya kepada pembeli kami,” ujarnya.

Dengan cara itu, katanya, pembeli dapat berjimat namun membeli perabot berkualiti tinggi setanding kualiti eksport ke luar negara.

Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall bermula hari ini hingga Sabtu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-26 Harian Metro.

Setiap pasukan akan bertanding mengikut jadual ditetapkan dan hanya 10 pasukan teratas akan bertanding pada pusingan akhir,

Sabtu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia