Harian Metro

Tubuh kecil bukan halangan serlah bakat

- Omar Ahmad sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Walaupun bertubuh kecil, ia tidak mematahkan semangat Mohamad Irfan Mohd Fauzi, 13, untuk mengambil bahagian pada Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl & Cafe, Angsana Johor Bahru Mall bermula hari ini bersempena sambutan ulang tahun ke-26 akhbar Harian Metro.

Irfan yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pulai Perdana berkata, dia bersama rakan, Afia Ghazali, 17, dan Humaira Haniff, 13, akan bersama-sama memberikan saingan pada kejohanan itu dan pada masa sama berharap mampu memperoleh hadiah.

Katanya, dia berasa agak bimbang kerana kebanyakan peserta amat berpengala­man dan dewasa berbanding dirinya namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk beraksi dengan baik.

“Saya memang minat bowling sejak kecil lagi sebab selalu ikut bapa bermain bowling.

“Kerana itu, apabila diberitahu mengenai kejohanan ini saya dan rakan menguatkan semangat untuk mengambil bahagian dan melihat sendiri sejauh mana kemampuan kami.

“Walaupun kami mewakili negeri dalam pasukan Pelapis Bowling Johor tapi kami mahu mempelajar­i teknik digunakan pemain bowling lain yang lebih berpengala­man selain merasai suasana bertanding dengan pemain dewasa,” katanya.

Menurutnya, dia sentiasa mengikuti latihan dijalankan Pelapis Bowling Johor iaitu setiap malam Selasa dan Khamis selama dua jam di sebuah pusat bowling di bandar raya ini.

“Latihan kami sentiasa konsisten dan perkara paling penting adalah memberi tumpuan ketika melakukan balingan tanpa menghirauk­an apa yang berlaku di persekitar­an.

“Kami yakin dapat memberikan persembaha­n terbaik dan berharap layak ke pusingan akhir, Sabtu ini,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia