Harian Metro

Idam rampas gelaran

„ Hamilton tekad buru gelaran dunia buat kali keempat

-

Lewis Hamilton berhasrat mencatat satu lagi pencapaian pada musim baru Formula Satu di Grand Prix Australia minggu ini dengan harapan merampas kembali gelaran dunia selepas persaraan mengejut juara musim lalu Nico Rosberg. Sepuluh tahun selepas penampilan F1 pertamanya di Albert Park, Hamilton tiba di litar itu ketika sukan itu berada di bawah pengurusan baru dan mempertaru­hkan kereta yang lebih lebar dan pantas.

Hamilton, 32, tewas kepada rakan sepasukan Mercedes Rosberg yang menjulang kejuaraan musim lalu, namun meninggalk­an sukan itu lima hari kemudian dengan alasan tekanan dalam persaingan begitu sengit.

Tahun ini, Hamilton akan berdepan cabaran baru daripada Ferrari dan Red Bull, yang dijangka merapatkan jurang dengan Mercedes, begitu juga rakan sepasukan barunya Valtteri Bottas dari Finland.

Hamilton memuji kereta generasi baru yang lebih pantas, sejajar dengan pengambila­lihan kumpulan Amerika Syarikat Liberty Media dan pemergian ketua eksekutif F1 Bernie Ecclestone.

“Saya mendapati pemanduan kereta lebih mencabar fizikal berbanding musim lalu,” kata Hamilton yang memburu gelaran keempat dunia selepas kejayaan pada 2008, 2014 dan 2015.

“Ia lebih pantas di selekoh. Daya yang anda rasakan di tubuh dan leher jauh lebih tinggi. Saya mengalami luka dan bengkak yang tidak pernah dirasai sebelum ini.”

Rombakan peraturan teknikal memperkena­lkan kereta dan tayar yang lebih lebar, dijangka lebih bising dan memberikan pemanduan pantas tetapi juga menuntut ketahanan fizikal daripada pemandu.

“Selepas bercakap dengan pemandu, mesin ini begitu keras, sama seperti sebuah kereta Formula Satu yang sepatutnya,” kata pengarah eksekutif Mercedes Toto Wolff.

“Matlamat peraturan baru adalah menjadikan generasi baru kereta F1 terpantas dalam sejarah sukan ini.

“Melihat kepada keputusan sesi ujian, kami dalam usaha untuk mencapainy­a. Ia sesuatu yang tidak pernah kami lakukan sebelum ini dan satu perubahan radikal.”

 ??  ?? HAMILTON
HAMILTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia