Harian Metro

Angeliq ue ke mba l i rampa s ta k hta

-

Miami: Pemain tenis Jerman, Angelique Kerber melangkah ke cabaran Terbuka Miami minggu ini dengan kejayaan merampas kembali ranking nombor satu dunia biarpun bermula teruk awal musim ini.

Namun pemain berusia 29 tahun itu berkata, status yang dimilikiny­a tidak akan memberikan tekanan tambahan dalam usaha memburu kejuaraan sulungnya tahun ini.

“Saya sekali lagi menjadi pemain nombor satu tapi ia bukan sesuatu yang penting bagi saya. Apa yang penting saya turun dan beraksi dengan baik, itulah sebabnya saya berada di sini,” kata Angelique.

“Saya fikir saya sudah biasa dengan tekanan. Ia bukan satu masalah. Sudah tentu ia memberikan cabaran baru, tahun baru buat saya, jadi saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah, tahun baru saja bermula, saya bermain dan berlatih dengan bagus dan masih berpeluang mencatat sesuatu yang bagus tahun ini,” ujarnya.

Angelique kehilangan ranking pertama dunia kepada Serena Williams selepas pemain AS itu menjuarai Terbuka Australia Januari lalu tetapi kecederaan lutut dialami pemain yang menjulang 23 gelaran Grand Slam itu memaksanya menarik diri daripada Indian Wells awal bulan ini dan kejohanan di Miami.

Namun prestasi Angelique, pemain yang berpangkal­an di Poland itu masih jauh daripada kedudukan terbaik dunia.

Di California dia tersingkir pada pusingan 16 terakhir kepada juara dari Russia Elena Vesnina dan satu-satunya kejohanan dia mampu pergi jauh adalah di Dubai bulan lalu apabila dia tewas kepada pemain Ukraine Elina Svitolina pada separuh akhir.

Angelique juga gagal menewaskan pemain kelompok 20 terbaik tahun ini, menimbulka­n persoalan terhadap prestasiny­a selepas aksi cemerlang pada 2016 yanng menyaksika­nnya menjuarai Terbuka Australia dan naib juara Wimbledon. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia