Harian Metro

Spieth tak sabar nanti Masters AS

-

Miami: Bekas pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth memberitah­u dia tidak sabar menunggu cabaran Masters AS bulan depan kerana bosan apabila kerap ditanya mengenai kegagalan di Augusta tahun lalu.

Spieth dilihat mampu menjulang gelaran Masters berturut-turut 12 bulan lalu apabila mendahului lima pukulan dengan baki sembilan lubang pada pusingan akhir di Georgia.

Namun harapan Spieth untuk mencatat sejarah musnah dengan bogey berturut-turut dan quadruple bogey pada lubang ke-12 Augusta membolehka­n pemain England Danny Willett menyarung jaket hijau.

Kegagalan Spieth dianggap sebagai kejatuhan terburuk dalam sejarah Masters dan setahun kemudian pemain Texas berusia 23 tahun itu tidak sabar menantikan saatnya apabila dia tidak lagi ditanya mengenai kegagalann­ya itu.

“Tidak kira apa yang berlaku pada Masters tahun ini, sama ada saya boleh menyarung jaket itu kembali atau tersingkir atau berada di tangga ke-30, Masters tahun ini pasti seronok,” katanya menjelang Kejuaraan Golf Dunia-Dell Matchplay di Austin, Texas.

“Masters akan terus diperkatak­an sepanjang tahun, ia membuatkan mereka yang tidak berminat tertarik. Secara jujurnya pasti seronok menyaksika­n bagaimana kesudahan tahun ini.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia