Harian Metro

MISI GETIR ARGENTINA

„ Juara dunia dua kali itu makin sukar ke Russia jika kalah kepada Chile

-

Kemungkina­n Piala Dunia berlangsun­g tanpa Argentina atau Lionel Messi hampir menjadi kenyataan awal pagi esok ketika pasukan gergasi Amerika Selatan itu bersiap sedia menentang musuh ketat mereka Chile dalam pertarunga­n merebut tiket ke Russia 2018.

Argentina yang kali terakhir gagal layak ke Piala Dunia 1970, melihat perkembang­an mereka untuk pusingan akhir tahun depan menjadi kucar-kacir tahun lalu menerusi keputusan seri berturut-turut dengan Venezuela dan Peru disusuli dengan kekalahan kepada Paraguay dan Brazil.

Biarpun mereka bangkit untuk menewaskan Colombia 3-0 di tempat sendiri November lalu, mereka jauh dari tiket kelayakan automatik apabila menduduki tangga kelima, mengumpul 19 mata selepas 12 perlawanan.

Kekalahan kepada pasukan tangga keempat Chile di Buenos Aires awal pagi esok akan menyebabka­n Argentina semakin jauh daripada kedudukan layak secara automatik.

Malah jika Colombia menewaskan Bolivia di tempat sendiri seperti dijangka, Argentina mungkin berada lebih jauh, di luar kedudukan lima teratas untuk aksi playoff yang diduduki mereka ketika ini.

Dengan kunjungan ke Bolivia di La Paz menanti mereka pertengaha­n minggu depan, yang mana Argentina jarang beraksi baik di sana, ia bermakna juara dua kali Piala Dunia itu tidak boleh melakukan sebarang kesilapan ketika menentang Chile.

Argentina menewaskan Chile di Santiago pada kelayakan sebelum itu, menang 2-1 pada perlawanan Mac tahun lalu.

Bagaimanap­un sejak itu Chile mengecewak­an Argentina pada final kejohanan utama apabila menjuarai Copa America Centenario menerusi penentuan penalti Jun lalu, setahun selepas mencatat keputusan serupa pada kejohanan 2015.

Kekalahan Copa America Centenario menyebabka­n Gerardo Martino meletak jawatan sebagai jurulatih Argentina pada Julai, mencetus kemerosota­n prestasi yang mengancam kedudukan mereka dalam kelayakan Piala Dunia.

Satu-satunya kelebihan buat jurulatih baru Argentina, Edgardo Bauza adalah Chile turut berdepan masalah sendiri terutamany­a penggantun­gan Arturo Vidal dan masalah kecergasan bintang Arsenal, Alexis Sanchez.

Sanchez berlatih bersama pasukan di Santiago minggu ini biarpun mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi bersama Arsenal hujung minggu lalu.

Satu lagi perlawanan menarik awal pagi esok di Amerika Selatan mempertemu­kan Brazil dan Uruguay di Montevideo.

 ??  ?? PENYOKONG Argentina tak mahu pasukan mereka gagal mara ke Russia.
PENYOKONG Argentina tak mahu pasukan mereka gagal mara ke Russia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia