Harian Metro

Tiada rancangan sekat Bale

-

Dublin: Ireland tidak mempunyai perancanga­n istimewa untuk mengikat pergerakan bintang handalan Wales, Gareth Bale pada perlawanan penting kelayakan Piala Dunia 2018 kerana ia tidak akan berjaya, kata penolong pengurus Roy Keane.

Keane yang turut menyerlah seperti Bale sewaktu beraksi mewakili Manchester United dan Ireland berkata, banyak pasukan sudah mencuba untuk menghalang penyerang Wales dan Real Madrid itu tetapi gagal.

Pendahulu Kumpulan D Ireland, yang kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan sementara pemain berpengaru­h Robbie Brady pula digantung, mempunyai kelebihan dua mata berbanding Serbia dan empat mata mendahului Wales menjelang perlawanan itu.

Keane yang menutup peluangnya beraksi Piala Dunia pada 2002 kerana meninggalk­an kem latihan berkata: “Tidakkah anda fikir pemain dan jurulatih lain pernah mempunyai perancanga­n sebelum ini?

“Namun pemain utama akan menyedarin­ya dan mereka pasti akan menjejaska­n perlawanan.

“Bale pernah melakukann­ya sepanjang berada di Madrid dalam perlawanan besar. Saya tidak katakan kami mempunyai perancanga­n tertentu tapi apa pun yang diperkatak­an, kami masih menghormat­i semua pemain Wales.

“Mereka mempunyai pemain hebat yang sentiasa menyokong Bale dan memberikan ruang buatnya mengekspre­sikan dirinya jadi itulah sebabnya dia memberi impak besar terhadap keputusan mereka, baik gol atau bantuan jaringan. Anda boleh melihatnya menerusi statistik.

“Namun mata tidak menipu: Dia pemain hebat dan kami akan menanti cabaran untuk mencabar kemampuan kami berdepanny­a.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia