Harian Metro

United jumpa Real, Barca, Citizen di AS

-

Los Angeles: Manchester United akan menentang Real Madrid, Barcelona dan Manchester City dalam aksi jelajah pramusim di Amerika Syarikat yang akan bermula di Los Angeles Julai ini, menurut kenyataan kelab itu semalam.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu akan memulakan jelajah mereka dengan perlawanan menentang kelab Major League Soccer, Los Angeles Galaxy di Stadium StubHub Center pada 15 Julai.

Pasukan itu kemudianny­a akan berdepan Real Salt Lake di Stadium Rio Tinto Stadium pada 17 Julai.

Tiga hari kemudian United akan menentang Manchester City pada 20 Julai di venue yang belum ditentukan. Stadium Rose Bowl di Pasadena juga akan digunakan dalam perlawanan itu yang menjadi sebahagian daripada Piala Juara-Juara Antarabang­sa. Pengurus United Jose Mourinho akan berdepan bekas kelabnya Real Madrid di laman San Francisco 49ers, Stadium Levi’s di Santa Clara, pada 23 Julai.

Jelajah itu akan berakhir dengan perlawanan menentang Barcelona pada 26 Julai di FedEx Field, stadium milik Washington Redskins.

Ia kali pertama kedua-dua kelab itu bertemu sejak United menewaskan Barcelona 3-1 di California pada 2015.

“Perlawanan jelajah adalah penting untuk persiapan pasukan menjelang musim depan dan kami berdepan pasukan hebat di stadium bertaraf dunia, menjanjika­n suasana ideal buat pengurus dan pasukan membuat persiapan,” kata naib pengerusi United Ed Woodward dalam satu kenyataan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia