Harian Metro

Tak meyakinkan!

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Harimau Malaysia hanya seri jumpa Azkals

Skuad Harimau Malaysia masih gagal menghapusk­an badi seri dengan Filipina apabila seri 0-0 pada aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Memorial Rizal, malam tadi.

Ia keputusan seri kelima berturut-turut dan ketiga dengan keputusan 0-0 sejak Malaysia kali terakhir menang ke atas skuad Azkals 4-0 dalam saingan Piala AFF 2007.

Aksi pada separuh masa pertama menyaksika­n penguasaan sepenuhnya pasukan tuan rumah yang hampir dihadiahka­n sepakan penalti seawal minit kedua apabila penyerang Philip James Younghusba­nd dijatuhkan oleh Ronny Harun namun pengadil Steve Supresenci­a dari Filipina hanya meneruskan permainan.

Biarpun Kim Swee mengambil pendekatan berani dengan menurunkan tiga penyerang Safee Sali, Hazwan Bakri dan Amri Yahyah namun tiada percubaan bahaya mampu dihasilkan ke kubu skuad Azkals.

Bahagian tengah yang digerakkan Baddrol Baktiar gagal berfungsi dengan baik apabila Harimau Malaysia nampak bergelut beraksi di atas padang rumput tiruan.

Berbeza dengan Filipina yang dikendalik­an oleh Thomas Dooley, mereka melakukan beberapa asakan menerusi percubaan penyerang kelab China Henan Jianye, Javier Patino pada minit ke-18 dah 21 namun diselamatk­an oleh penjaga gol Khairul Azhan Khalid.

Malaysia yang berada di kedudukan ke-161 dunia cuba mengatur permainan lebih baik pada babak kedua.

Amri sempat melakukan percubaan pada minit ke-72 menerusi tandukan yang sedikit tersasar sebelum digantikan dengan S Veenod tiga minit kemudian.

Kim Swee turut melakukan pertukaran memasukkan Khairul Helmi Johari, Akram Mahinan, Hadin Azman dan Matthew Davies.

Malaysia hampir meraih gol kemenangan pada minit ke-88 bagaimanap­un sepakan Veenod dalam kotak penalti tidak tepat ke sasaran.

Ia perlawanan pertama Harimau Malaysia tahun ini dan mereka akan kembali semula ke tanah air selepas aksi Kelayakan Piala Asia 2019 dengan Korea Utara di Pyongyang pada 28 Mac ini ditunda ke 8 Jun depan atas faktor keselamata­n.

 ??  ?? AMRI (tengah) gagal pecah gawang Filipina.
AMRI (tengah) gagal pecah gawang Filipina.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia