Harian Metro

Amirul rehat lima bulan cedera betis

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain tengah Kedah, Amirul Hisyam Awang Kechik terpaksa berehat antara tiga hingga lima bulan bagi memulihkan kecederaan betis kanan yang dialaminya.

Amirul yang ditimpa kecederaan itu semasa perlawanan menentang Perak pada pusingan ketiga Piala FA, 11 Mac lalu berkata, doktor mengesahka­n dia mengalami

(gambar kiri)

patah tulang fibula dan memerlukan masa yang lama untuk pulih.

“Pada awalnya saya sangka ia hanya kecederaan ringan tapi ternyata agak serius. Namun, saya sedikit lega kerana tidak perlu menjalani pembedahan.

“Cuma, doktor menasihati saya supaya berehat serta menjalani pemulihan. Doktor tidak dapat memberi jawapan tepat bilakah saya boleh kembali beraksi kerana ia bergantung sejauh mana proses pemulihan yang saya lalui.

“Tapi menurut doktor, ia mungkin mengambil masa antara tiga hingga lima bulan untuk pulih sepenuhnya. Apa yang boleh saya lakukan sekarang adalah berusaha untuk pulih secepat mungkin,” katanya.

Pemain itu berkata, selain tidak sabar untuk kembali beraksi bersama Kedah, dia juga berharap segera pulih kerana tidak mahu terlepas peluang mewakili skuad negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini.

Amirul, antara pemain tonggak pasukan bimbingan Frank Bernhardt terpaksa disisihkan daripada skuad yang sedang beraksi pada Kejohanan Bawah 23 Tahun Piala Dubai 2017 di Dubai, Eamiriah Arab Bersatu, gara-gara kecederaan yang dialaminya.

“Memang menjadi impian saya untuk beraksi pada Sukan SEA 2017 apatah lagi kita menjadi tuan rumah. Saya harap kecederaan ini cepat pulih dan tidak menjejaska­n peluang saya untuk mewakili negara,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia