Harian Metro

Pinda perlembaga­an agenda utama TMJ

-

Kuala Lumpur: Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhasrat meminda perlembaga­an Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andainya terpilih sebagai presiden, supaya peminat sukan itu diberi kuasa memilih pemimpin badan induk itu.

Tunku Mahkota

Johor itu tidak mahu kuasa memilih Presiden FAM hanya terletak di tangan anggota kongres seperti sedia ada dan berhasrat bekerjasam­a dengan Exco FAM meminda perlembaga­an bagi memberi kuasa kepada penyokong bola sepak.

“Bola sepak adalah milik rakyat dan saya percaya rakyat perlu memilih presiden, bukannya kongres sedia ada. Anggota Kongres boleh mengundi untuk jawatan lain manakala apa-apa yang mempunyai peranan

penting, harus diserah kepada rakyat.

“Saya akan ubah cara pemilihan presiden dan akan mencadangk­an pada masa akan datang, penyokong dan orang ramai diberi kuasa menjadi faktor penentu pemilihan,” kata Tunku Ismail dalam laman Facebook The Southern Tigers, semalam.

Ia antara 11 visi Tunku Ismail yang akan dicabar Tan Sri Annuar Musa untuk jawatan Presiden FAM pada pemilihan jawatankua­sa bagi penggal 2017-2021 yang diadakan serentak dengan Kongres FAM ke-53, Sabtu ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim itu juga bersedia melakukan mahu memperjuan­gkan hak sukan futsal dan bola sepak pantai yang sebelum ini dipinggirk­an.

“Jika saya dipilih, sudah pasti tugas utama adalah untuk membantu presiden melaksanak­an segala perancanga­n bagi memajukan bola sepak tanah air. Tapi jika ditanya mengenai misi saya secara peribadi, sudah pasti saya mahu memastikan sukan futsal dan bola sepak pantai diangkat ke peringkat lebih tinggi. Saya percaya futsal dan bola sepak boleh memberikan kejayaan kepada negara andai diberikan perhatian,” jelasnya.

perubahan termasuk mengadakan dialog dengan peminat bola sepak tanah air selain diadakan mesyuarat Exco FAM secara bergilir di setiap negeri.

“Perubahan ini dilakukan untuk memberi peluang kepada Exco menyaksika­n apa yang sebenarnya berlaku di negeri itu, memantau kemudahan, program akar umbi, kewangan dan standard yang sepatutnya di persatuan negeri atau kelab,” katanya.

Tunku Ismail menegaskan badan induk itu perlu dirombak kerana mendakwa beberapa kepincanga­n yang berlaku seperti salah pengurusan dana, kekurangan profesiona­lisme, isu integriti, kekurangan semangat, rasuah dan pilih kasih. - BERNAMA

 ?? Yusoff Mahadi ?? AFANDI
Yusoff Mahadi AFANDI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia