Harian Metro

BELUM PASTI MENANG

- Aziman Rosdi & Firdaus Hashim sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Calon Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi mengakui calon popular belum menjamin kemenangan pada pemilihan Kongres ke-53 badan induk itu Sabtu ini.

Katanya, tiada siapa mampu meramal peluang masing-masing ketika ini termasuk perebutan dua kerusi Timbalan Presiden yang turut membabitka­n penyandang Datuk Seri Afandi Hamzah dan bekas Naib Presiden Datuk Seri Subahan Kamal.

“Bagi saya peluang sama rata, walaupun ada yang menganggap saya popular sedikit tapi pada saya calon lain juga ada kredibilit­i. Kalau kita lihat Subahan baru dipilih sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) manakala Afandi pula menjalanka­n tugas dengan baik bersama FAM.

“Nampaknya populariti itu sudah diseimbang­kan oleh kelebihan masing-masing. Saya jangka pertembung­an sengit dan sesiapa tidak tahu lagi mereka akan menang.

“Tapi saya percaya, 39 perwakilan ketika ini sudah tahu siapa yang mereka akan pilih dan jika berlaku perubahan pada saat akhir sekali pun, ia tidak banyak,” kata Yusoff kepada Arena Metro semalam.

Kerusi nombor dua FAM ini turut menjadi rebutan pada pemilihan baru Exco bagi penggal 2017-2021 yang mana hanya Afandi mahu mempertaha­nkan jawatan manakala Datuk Mokhtar Ahmad pula mengambil keputusan untuk meninggalk­an Wisma FAM.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) turut dikenali sebagai Exco FAM dengan memegang jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Futsal dan Bolasepak Pantai.

Beliau mendapat perhatian apabila menjadi antara ‘orang kuat’ dalam usaha meyakinkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk bertanding jawatan Presiden.

Katanya, selain ingin membantu menjayakan misi dan visi Presiden FAM, beliau

„ Yusoff akui sukar jangka keputusan walaupun jadi calon popular

 ??  ?? SUBAHAN
SUBAHAN
 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia