Harian Metro

Jawatankua­sa khas pantau pemilihan

-

Kuala Lumpur: Bagi menghakis tanggapan buruk sesetengah pihak yang meragui ketelusan perjalanan Kongres Pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kali ke-53 Sabtu ini, satu Jawatankua­sa Pengawas Pemilihan ditubuhkan khusus untuk memantau proses pemilihan kali ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, seramai empat individu bebas dilantik yang memiliki latar belakang berbeza bagi menyelaras­kan sesi undian itu nanti.

Jelasnya, penubuhan Jawatankua­sa Pengawas Pemilihan itu selari dengan statut FAM tanpa adanya campur tangan pihak tertentu dalam menentukan pemenang.

“Kami buat ikut statut (penubuhan Jawatankua­sa Pengawas Pemilihan). Ia terdiri daripada orang luar seramai empat orang yang sudah mendapat kelulusan Exco sebelum ini.

“Mereka akan mengawal selia pemilihan tanpa membabitka­n orang-orang FAM

Kuala Lumpur: Kejayaan skuad Harimau Malaysia di pentas antarabang­sa menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan ia akan dinilai serta diperhatik­an sendiri penyokong bagi memastikan tiadanya unsur berat sebelah atau sabotaj kepada mana-mana calon sekali gus menjamin ketelusan pemilihan itu.

“Malah semua kertas dan lima kotak undi ‘transparen­t’ diletakkan di depan dan ia boleh disaksikan semua perwakilan yang hadir,” katanya ketika ditemui pada majlis undian kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Pada pemilihan FAM di Hotel Hilton, Petaling Jaya Sabtu ini, seramai 38 calon dari pelbagai bidang membabitka­n lima jawatan akan bertanding merebut kerusi masing-masing.

Untuk kerusi Presiden, ia menyaksika­n pertembung­an dua penjuru antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa yang dianggap sengit dengan kedua-duanya memiliki keupayaan dan kebolehan tersendiri.

>>Empat individu bebas dilantik bagi menyelaras­kan sesi undian

Manakala bagi posisi Timbalan Presiden yang hanya menawarkan dua kerusi, penyandang jawatan Datuk Seri Afandi Hamzah dicabar dua muka lama iaitu Datuk Wira Yusoff Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal.

Sementara bagi jawatan Naib Presiden pula, seramai sembilan calon akan berentap untuk memenangi empat kerusi dan selebihnya merebut jawatan Exco FAM yang menyediaka­n lapan kerusi serta dua kerusi bagi jawatan Exco Wanita.

“Kami dah tahu siapa yang akan hadir (calon) tapi ia bukan mandatori. Terpulang kepada mereka, jika tak datang pun tak mengapa dan tidak menjadi kesalahan,” katanya.

 ??  ??
 ?? Hamidin Mohd Amin ?? Mereka akan mengawal selia pemilihan tanpa membabitka­n orang-orang FAM bagi memastikan tiadanya unsur berat sebelah”
Hamidin Mohd Amin Mereka akan mengawal selia pemilihan tanpa membabitka­n orang-orang FAM bagi memastikan tiadanya unsur berat sebelah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia