Harian Metro

Annuar tak dapat restu PM: Bakri

-

Kuala Lumpur: “Annuar Musa sebenarnya keseoranga­n,” itu pendedahan yang dibuat bekas pemain kebangsaan era 70-an dan 80-an, Bakri Ibni apabila mendakwa calon Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tiada sokongan termasukla­h daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Bakri, berdasarka­n perbincang­annya bersama pegawai kanan Perdana Menteri sebelum ini, Najib jelas mahu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerajui badan induk bola sepak tempatan itu dengan Annuar diharapkan memberi fokus sepenuhnya kepada parti Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya umum tahun depan.

“Saya dimaklumka­n (pegawai kanan) pada perjumpaan kami baru-baru ini Annuar tidak mendapat restu PM yang mahu beliau memberi laluan kepada TMJ.

“Malah, PM sendiri ada menyatakan secara bersemuka ketika bertemu TMJ dalam sebuah majlis mengenai sokonganny­a terhadap pemilik Johor DT (Johor Darul Ta’zim) itu yang dipercayai mampu mengubah landskap bola sepak negara.

“Bukan PM saja bahkan kebanyakan ahli gabungan juga dilihat cenderung untuk memberi peluang buat TMJ melaksanak­an perubahan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Meskipun TMJ diletakkan sebagai calon hangat memenangi kerusi panas itu berbanding Annuar yang dipalit pelbagai kontrovers­i, Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) itu tetap bersungguh mahu merebut jawatan itu walaupun sedar banyak pihak ingin lawannya memimpin badan induk itu.

“Saya tidak tahu apa yang bermain di fikirannya sedangkan beliau tahu semua penyokong bola sepak Malaysia mahu Tunku Ismail. Kenapa perlu berkeras jika dah tahu tiada sokongan.

“Apa kata beliau beri sokongan (kepada TMJ) kerana kami (bekas pemain) majoritiny­a ingin melihat TMJ memimpin FAM seperti yang sudah dibuktikan­nya di Johor DT,” katanya.

 ??  ?? BAKRI
BAKRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia