Harian Metro

Harimau Malaysia tunjang KPI presiden baru

-

bola sepak tempatan.

Itu senario sebenar yang harus difahami presiden baru kelak dengan asas pencapaian utama terarah kepada keputusan perlawanan pasukan kebangsaan dalam setiap kejohanan yang disertai selepas ini.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, dua calon presiden iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa pasti sudah memahami realiti itu dengan bersedia melakukan perubahan dalam pasukan.

“Presiden baru tugas beratnya adalah untuk meningkatk­an prestasi skuad kebangsaan. Walaupun perubahan akan dilaksanak­an di semua peringkat seperti saingan Liga Malaysia, pengurusan FAM dan lain-lain, tapi bagi saya prestasi negara akhirnya akan menjadi penentu.

“Kalau kita lihat pasukan negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan umpamanya, penyokong mereka tidak banyak bercakap (mengkritik Persatuan Bolasepak) kerana kejayaan mereka layak ke Piala Dunia.

“Jadi kalau kita boleh bermain di Piala Dunia, adakah penyokong akan bising. Sudah tentu tidak bukan, jadi pada saya cabaran utama presiden baru dan barisannya nanti adalah meningkat kualiti pasukan,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Bagaimanap­un katanya, penyokong haruslah bersikap realistik dengan memberi masa kepada kepimpinan baru bagi melaksanak­an perancanga­n yang diatur dan bersabar menunggu hasil perubahan itu.

“Tujuh puluh hingga 80 peratus kejayaan FAM terletak di atas pencapaian pasukan kebangsaan. Untuk mendapatka­n hasil mungkin perubahan di peringkat akar umbi perlu diutamakan.

“Kita kena bagi sepenuh kepercayaa­n kepada presiden baru untuk membuktika­n dulu kemampuann­ya. Saya yakin jika semua pihak dapat mengawal keghairaha­n diri dengan bersabar sedikit, mungkin kita akan dapatkan hasilnya dalam beberapa tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia