Harian Metro

‘Saya tiada pilihan’

- DARI MUKA 1

Tindakan saman

Azlan tidak babitkan 2 lagi rakan senasib, Ziana dan Jaclyn

“Industri hiburan kita ini kecil saja, jadi saya tidak suka bermusuh tetapi baki bayaran itu hak saya dan kerja saya pun sudah disempurna­kan.

“Sebelum saman, sudah berkali-kali saya berbincang dengan mereka kerana mahu perkara itu diselesaik­an secara baik tetapi tidak berhasil. Apa jua cara saya akan terus menuntut hak.

“Saya sudah berkeluarg­a dan ada anak, jadi kena jaga nama baik mereka. Sebab itu saya tak suka bergaduh dengan sesiapa dan tak mahu menganiaya orang tetapi dalam perkara ini saya tiada pilihan,” katanya.

Konsert High Note turut dijayakan Ziana Zain dan Jaclyn Victor tetapi Azlan menyaman penganjur tanpa membabitka­n dua lagi rakan artisnya itu.

Menurut Azlan, dia mengakui sukarnya perjalanan yang diharungi untuk berada pada tahap sekarang.

“Orang selalu ingat saya hidup dalam alam saya sendiri. Tetapi saya ada cara sendiri untuk meneruskan kelangsung­an kerjaya seni saya di samping membantu penganjur baru untuk terbabit dalam industi muzik tanah air,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Konsert Nova 2017, anjuran Suasana Enak Sdn Bhd dengan kerjasama Winning Matters Sdn Bhd di ibu kota, baru-baru ini.

TAK PERNAH SERIK

Konsert gabungan Malaysia dan Indonesia itu diadakan sempena ulang tahun ke-60 hubungan kedua-dua negara itu yang terjalin sejak kemerdekaa­n negara ini pada 31 Ogos 1957.

Konsert itu akan berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Ogos depan menampilka­n penyanyi popular Indonesia dan Malaysia seperti Judika, Cakra Khan, Dayang Nurfaizah dan Azlan sendiri.

“Walaupun masalah saya dengan penganjur Konsert High Note belum selesai, tawaran untuk menjayakan Konsert Nova adalah peluang terbaik kerana ia turut membabitka­n artis dari negara jiran.

“Ia juga menjanjika­n persembaha­n muzik berkualiti dan bertaraf tinggi dengan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik, Ardiyilla (Indonesia) pula pengarah teknikal dan Zoul, jurutera bunyi (Singapura).

“Biarpun melalui pengalaman buruk dengan penganjur Konsert High Note, saya belajar daripada kejadian itu dan lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya tak boleh serik kerana muzik dan nyanyian adalah sumber pendapatan saya, cuma perlu berjagajag­a,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Azlan kini sedang menyiapkan single terbarunya yang sudah 70 peratus siap.

“Saya sudah kaji, bulan terbaik untuk mengeluark­an single ialah dari Januari hingga Mac. Jadi single saya itu hanya dapat didengar peminat awal tahun depan,” katanya.

Azlan kini menguruska­n kerjaya sendiri menerusi syarikatny­a iaitu Dark Liquid yang baru saja melancarka­n single empat artis yang juga bekas protegenya dalam Mentor Millenia iaitu Nurin, Zetty, Ain dan Aliff Radz.

-Nor Akmar Samudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia