Harian Metro

Berhasrat berlakon semula

- DARI MUKA 1

Zarina tunda perancanga­n apabila berat badan naik selepas bersalin

“Saya sudah ada anak dan lebih matang berbanding dulu. Sesuai dengan imej sekarang, saya berhasrat untuk buang cerita negatif yang sering menjadi bualan masyarakat sebelum ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Selepas berkahwin dengan warga Brunei, Pengiran Mohd Ilham Syazwan pada 8 Februari 2015, Zarina mengambil keputusan berhijab dan menetap di sana.

Bagaimanap­un, tahun lalu dia memuat naik status di Instagram, ‘Keep calm, i’m a single mom. I’ve got this’, sekali gus ramai yang membuat spekulasi dia sudah bercerai.

Namun, Zarina yang juga pelakon filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut mendiamkan diri dan tidak menjawab panggilan serta mesej daripada media yang mahukan kesahihan berhubung status sebenarnya.

“Saya seorang yang suka berterus terang dan kadang-kadang ada pihak yang mungkin tersinggun­g dengan kata-kata saya.

“Saya pernah dikecam segelintir pihak yang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia