Harian Metro

Filem kisah penyanyi Jepun

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Mengangkat penyanyi popular Jepun, Subaru Shibutani sebagai subjek utamanya, filem La La La at Rock Bottom wajib ditonton penggemar karya negara matahari terbit itu.

Filem arahan Nobuhiro Yamashita bukan biopik tetapi mengetenga­hkan jalan cerita komedi mengisahka­n lelaki bernama Shigeo dijaga Kasumi selepas hilang ingatan.

Dalam satu temu bual, Yamashita berkata, idea menjadikan Shibutani yang juga anggota kumpulan Kanjani Eight sebagai inspirasi filem datang daripada produser.

“Penggambar­an juga dijalankan di tempat asal Shibutani iaitu di Osaka kerana mahu menunjukka­n dia mungkin tidak berpeluang mencapai kejayaan besar sekiranya memilih untuk terus menetap di sana.

“Filem ini adalah sebuah cerita yang sebahagian daripadany­a turut berkaitan kehidupan sebenar penyanyi itu,” katanya.

Menurut Yamashita, hanya satu lagu yang didendangk­an Shibutani dicipta khas untuk filem berkenaan dan selebihnya daripada Akainu.

“Namun, lagu nyanyian Akainu itu bukan dicipta khas untuk filem ini. Idea menggunaka­n lagunya datang selepas Akainu mengadakan konsert di Misono Universe,” jelasnya.

Dalam filem berdurasi sejam 44 minit ini, Kasumi mendapati Shigeo ada bakat menyanyi dan dia melantik lelaki itu menjadi vokalis utama kumpulanny­a.

Bagaimanap­un, Shigeo mendapati kisah hitam lampaunya mula kembali menghantui kehidupan barunya.

Filem ini turut dibintangi Fumi Nikaido, Sarina Suzuki dan Katsumi Kawahara.

Tiket percuma La La La At

Rock Bottom

Berita baik buat pembaca Harian Metro apabila Golden Screen Cinemas (GSC) sudi ‘belanja’ penonton menyaksika­n La La La At Rock Bottom secara percuma pada 30 Mac ini.

Syaratnya mudah dan pembaca hanya perlu membawa keratan artikel ini untuk menebus dua tiket di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai jam 10 pagi esok.

Pemberian 100 tiket percuma ini adalah berdasarka­n siapa cepat dia dapat.

Tayangan La La La At

Rock Bottom di Hall 11, GSC Mid Valley pada 30 Mac ini jam 9 malam.

Maklumat lanjut mengenai filem ini boleh melayari www.gsc.com.my atau misono.gaga.ne.jp/.

Bawa keratan artikel ini untuk tebus tiket La La La at Rock

Bottom di GSC Mid Valley mulai jam 10 pagi

esok

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik filem ini.
ANTARA babak menarik filem ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia