Harian Metro

Rambut pendek bawa rezeki

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Fasha terima banyak tawaran berlakon drama bersiri kerana

imej baru

Demi tuntutan watak dalam filem Badang, pelakon popular Fasha Sandha sanggup memotong pendek rambutnya itu.

Ternyata pengorbana­nnya berbaloi kerana rezekinya tidak putus dalam bidang seni ketika ini.

Bukan saja tawaran berlakon mencurah-curah, dia juga menjadi rebutan pengusaha pelbagai produk kecantikan dan kosmetik.

Fasha, 33, berkata, dia bersyukur kerana ramai pihak yang menyukai imej barunya itu.

“Saya akui kurang selesa dengan penampilan rambut pendek dan keyakinan diri juga kurang sebelum ini.

“Namun, saya mula menyesuaik­an diri kerana sebanyak 96 peratus daripada komen termasuk pihak majalah fesyen menyukai imej rambut pendek ini.

“Saya juga tidak serik untuk memotong rambut jika ada tuntutan dalam lakonan selepas ini,” katanya.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Lara Aisyah ini berkata, ada pihak yang menawarkan­nya berlakon kerana menyukai imej barunya itu.

“Saya juga dapat tawaran untuk berlakon dalam projek drama bersiri Astro kerana watak dalam cerita itu sesuai dengan imej baru ini.

“Selain itu ada tawaran sebagai duta produk kerana mereka menyukai imej rambut pendek ini,” katanya.

Fasha ditemui pada majlis majlis pelancaran rangkaian produk LeRVE di sebuah hotel di Kuala Lumpur, kelmarin.

Hadir sama, pengasas produk, LeRVE Cosmetic & Beauty iaitu Azlin Hilda Abdul Razak dan Nuraida Sharif.

Selepas filem Badang, Fasha juga terbabit dalam beberapa drama iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu, Terima Kasih Syawal selain speaker untuk Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL)

Dalam pada itu, Fasha memilih untuk bernaung di bawah syarikat pengurusan Mind Order pada awal Februari lalu untuk mengatur agenda seninya yang padat.

“Saya kini menjadi duta untuk lima jenama. Jadi, saya perlukan syarikat pengurusan untuk mengatur jadual kerja.

“Hubungan saya dengan pengurus, Yasmin juga tidak ada masalah kerana dia masih meneruskan kerja terutama projek lakonan yang diterima lebih awal. Selain dari membantu saya, dia juga membuat kerja lain,” katanya

Sasar dua tahun lagi untuk berumah tangga

Selepas lebih setahun memegang status solo, Fasha mengakui dia kini berkawan rapat dengan seseorang sejak enam bulan lalu.

“Kami masih dalam fasa berkawan lagi. Setakat ini, dialah lelaki yang paling rapat dan kami juga berhubung setiap hari. Saya juga sudah memperkena­lkan si dia dengan dua anak.

“Namun, saya belum bersedia untuk mendedahka­n identitiny­a kerana belum dia belum menjadi teman istimewa lagi.

“Saya juga akan berkongsi mengenai dirinya jika hubungan kami sudah sampai pada tahap serius,” katanya.

Mengenai kriteria lelaki idaman, kata Fasha, dia mencari seseorang yang memahami dirinya sebagai anak seni.

“Saya tidak suka lelaki yang suka mendesak dan mengganggu ketenangan diri. Saya juga mencari lelaki yang memahami dan tidak suka bertanya banyak.

“Maklumlah dengan tuntutan kerja ini saya memang dikeliling­i ramai lelaki. Oleh itu, terimalah diri saya seadanya,” katanya.

Ditanya perancanga­n untuk berkahwin, kata Fasha, dia menyasarka­n dalam tempoh dua tahun lagi. “Saya kini lebih matang menempuhi hidup selepas apa yang dilalui. Buat masa ini juga, saya sibuk dengan komitmen kerja dan sebagai duta produk yang perlu diselesaik­an terlebih dulu.

“Bila ada kelapangan, saya pastikan ada kualiti masa dengan anak,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia