Harian Metro

Irene Red Velvet gagal uji bakat

-

Anggota Red Velvet,

Irene mendedahka­n dia sebenarnya tidak lulus sewaktu menghadiri uji bakat dengan SM Entertainm­ent.

Dia juga menghadiri uji bakat itu tanpa persediaan.

Menurutnya, dia cuma temankan rakannya yang beria-ia untuk mencuba nasib.

Walaupun dia turut menjalani uji bakat, tetapi tidak bernasib baik dan gagal.

Bagaimanap­un, kegagalan itu menyedarka­n dirinya bahawa dia sebenarnya benar-benar mahu menjadi seorang penyanyi.

Bahkan, dia sangat kecewa apabila tidak berjaya melepasi uji bakat itu.

Bagaimanap­un, takdir menyebelah­inya apabila tiba-tiba mendapat panggilan tidak diduga daripada SM Entertainm­ent yang menawarkan kontrak kepadanya.

Pastinya itu adalah saat paling bermakna dalam hidupnya.

Tanpa Irene, Red Velvet pasti tidak akan sama seperti hari ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia