Harian Metro

Eunji alami tekanan

-

Dalam kalangan peminat, anggota Apink iaitu

Eunji mungkin sangat ceria dan pesonanya terserlah. Bagaimanap­un, dia sebenarnya menyembuny­ikan satu kesakitan yang ‘memakan’ dirinya selama ini.

Penyanyi berkenaan menderita akibat tekanan apabila dia tidak tahu sama ada dirinya bagus atau tidak.

Walaupun album solonya mendapat sambutan luar biasa dan lagu Hopeful Sky nyanyianny­a turut popular, tetapi Eunji berasakan ada yang kurang pada dirinya dan kadang-kadang berasa kosong.

Ia sangat bertentang­an dengan personalit­inya yang ceria, malah dia juga sebenarnya tidak berminat untuk berjumpa orang atau bersosial.

“Saya ingatkan diri saya sangat kuat dan positif tetapi tahun lalu, saya tidak ada hati untuk keluar dan bertemu sesiapa. Sukar untuk mengawal perasaan ketika itu, malah saya cuba melarikan diri daripada semua orang.

“Saya hanya berjumpa orang apabila terasa mahu minum dan berhibur. Namun, saya sedar saya cuma membawa kesedihan setiap kali pulang ke rumah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia