Kesabaran Atmosfera berbaloi

Harian Metro - - Rap - Ridzuan Abdul Rahman [email protected] hmetro.com.my

Siapa sangka rezeki pasangan adik-beradik, Hezron Rayner dan Hazrenol Rayner menyebelahi mereka apabila menyanyikan lagu ciptaan bapa sendiri, Rayner Alexander Rupin.

Hezron, 25, dan Hazrenol, 23, pada mulanya menyanyi secara sukasuka bersama rakan di Keningau, Sabah.

Melihatkan bakat besar yang ada, mereka diberikan semangat oleh rakan dan akhirnya terhasil duo Atmosfera pada 2010.

“Nama Atmosfera dipilih oleh saya bagi menggambarkan kumpulan kami diterima oleh peminat dengan baik.

“Kami menghasilkan lagu Demi Si Kicik yang ditujukan khas kepada seorang wanita pada 2014. Video muzik lagu ini yang dirakam menggunakan telefon bimbit dapat sambutan bagus apabila dimuat naik di YouTube tapi kurang mendapat sambutan di stesen radio,” kata Hezron.

Video muzik ini ternyata dikongsi oleh ramai peminat dan berjaya menarik perhatian

Dapat perhatian

syarikat Rusa Music,

lagu Demi Si Kicik dan Berakhirlah

Sudah dirakam semula

Andrew, pemilik AC29 Studio.

Dia kemudian menawarkan Atmosfera menjadi artisnya dan merakamkan semula lagu Demi Si Kicik serta menghasilkan video muzik yang lebih sempurna.

“Apabila dimuat naik semula di YouTube, ia menerima sambutan hangat daripada peminat dan mendapat empat juta tontonan.

“Dari situ, Andrew menerbitkan Extended

Play (EP) Atmosfera yang menampilkan 10 lagu. Namun, biarpun dikenali di Sabah, rezeki belum memihak untuk Atmosfera dikenali di Semenanjung Malaysia ketika itu,” katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak berputus asa dan akhirnya memperoleh lagu terbaru hasil ciptaan bapa mereka berjudul Berakhirlah Sudah.

“Ayah pandai bermain gitar dan ketika dia sedang bekerja, tiba-tiba datang ilham mencipta lagu ini. Tak sangka ia diterima baik peminat.

“Rezeki terus menyebelahi kami apabila lagu ini dapat perhatian syarikat rakaman Rusa Music yang menawarkan kontrak sebagai artis naungan mereka,” katanya.

Sekali lagi, lagu Demi Si Kicik dan Berakhirlah Sudah dirakam semula oleh Rusa Music. Kesabaran mereka berbaloi apabila tontonan video muzik lagu Berakhirlah Sudah di YouTube mencapai 2.5 juta penonton.

Bermula sebagai projek suka-suka, Atmosfera perlahanlahan mendaki tangga populariti.

Bagaimanapun, dua beradik yang bekerja di sebuah kilang ini akur mereka kurang dikenali.

“Kami terpaksa ambil cuti untuk membuat promosi di Kuala Lumpur. Kami memang tak fikir nak popular pun. Untuk jumpa pihak media pun kami sangat gementar.

“Kami juga tak pernah terfikir nak berhenti kerja kerana sudah berkeluarga. Apa yang dilakukan hanya untuk cari pendapatan tambahan. Biarlah kami digelar artis kampung pun kerana artis kampung tetap berbisa,” kata Hezron.

Mereka akan memasuki studio untuk merakamkan lagu baru tidak lama lagi.

HEZRON (kiri) dan Hazrenol cipta nama menerusi Atmosfera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.