Harian Metro

BAYARAN TAK SETIMPAL

-

Beberapa pelakon yang ada nama ini sanggup berkorban berikan harga istimewa bagi membantu sebuah produksi yang menghasilk­an drama untuk sebuah stesen TV.

Malangnya selepas penggambar­an berakhir, mereka belum menerima bayaran penuh dan hanya diberi jumlah wang yang agak kecil dan tak setimpal dengan keringat dicurahkan dalam drama itu.

SS difahamkan, mereka mengajukan perkara ini kepada pihak yang terbabit menguruska­n pelakon dan jawapan yang diberikan kurang memuaskan.

Alasannya individu yang berjanji untuk membiayai projek ini gagal memberikan wang kerana bajet pembikinan drama ini sudah terlebih guna.

Akhirnya mereka terkial-kial menunggu bayaran yang belum tentu diperoleh.

SS juga diberitahu bukan artis saja, bahkan ramai lagi pihak yang terbabit dengan projek ini masih menanti bayaran mereka.

Pada SS, masalah ini berlaku kerana komunikasi yang kurang jelas di antara pembiaya dan pihak produksi drama ini dan sedihnya pelakon dan beberapa pihak lain yang jadi mangsa.

Nak dihalalkan pula memang kerja mustahil kerana zaman sekarang semua pihak perlukan wang. Tambahan pula kos sara hidup semakin meningkat.

SS: Faham ada sesetengah artis hanya berpura-pura tersenyum depan peminat sedangkan dalam hati menangis. Jika kita dijemput untuk menjayakan sesuatu majlis, perlulah menghormat­i majlis itu tidak kiralah ia kecil atau besar.

Namun, ada seorang artis yang nampaknya tidak tahu menghormat­i majlis.

Kejadian ini disaksikan oleh SS sendiri.

Baru-baru ini, SS hadir ke satu majlis sidang media dan artis ini antara yang menjadi tetamu jemputan.

Bukan sahaja tetamu biasa, dia juga turut berada di tempat duduk barisan artis lain bersama tetamu kenamaan lain.

Ketika majlis sedang berlangsun­g, SS dapat lihat artis itu asyik dengan telefon pintarnya dan lebih jelas, sedang membuat siaran langsung di media sosial.

Kalau buat siaran langsung secara senyap, SS masih boleh anggap dia menghormat­i majlis. Namun, apa yang dilakukann­ya adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Sudahlah tidak hormat dengan ucapan yang diberikan tetamu kenamaan, dia juga sempat bergelak tawa dengan artis lain yang turut berada di situ.

Suaranya sangat kuat sehinggaka­n pengacara majlis berpaling ke arahnya dan rakan artisnya itu.

SS: Kalau kita hormat orang, orang lain akan hormat pada kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia