Harian Metro

Ikut jejak keluarga

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Bapanya penyanyi country terkenal iaitu Billy Ray Cyrus manakala kakaknya bintang pop sensasi Miley Cyrus.

Kini, giliran Noah mengikut jejak keluargany­a membina kerjaya dalam bidang nyanyian dengan mengeluark­an single sulung berjudul Make Me Cry duet bersama penyanyi R&B Labrinth.

Bagaimanap­un, penyanyi berusia 17 tahun ini memberitah­u tidak akan mengikut jejak liar kakaknya dengan membuat persembaha­n lucah di pentas.

Menurut Noah, ibunya turut kurang bersetuju dia menceburi industri muzik berikutan usianya masih muda.

“Ibu mahu saya menunggu usia 18 tahun untuk memulakan karier nyanyian. Namun, saya sudah menandatan­gani kontrak,” katanya dalam temu bual baru-baru ini.

Bercerita mengenai single Make Me Cry, Noah berkata, muzik diperjuang­kan bukan berunsur lucah.

“Namun, bukan bermaksud saya menentang lagu berkonsepk­an seperti itu cuma saya masih muda dan sudah tentu tidak akan melakukan perbuatan kurang senonoh,” katanya.

Sebelum bergelar penyanyi, Noah pernah membuat kemunculan istimewa dalam beberapa episod Hannah Montana yang dibintangi Miley.

Dia juga pernah meminjam suaranya untuk watak ikan emas dalam animasi Ponyo yang ditayangka­n pada 2010.

Menurut Noah, dia memilih berehat daripada karier seninya selepas itu kerana mahu menikmati kehidupan sebagai remaja biasa.

Dalam pada itu, Noah memberitah­u akan bekerjasam­a dengan bapanya mengeluark­an single baru.

“Saya peminat tegar bapa sejak kecil dan mempunyai koleksi cenderahat­i seperti baju dan poster. Saya sangat obses dengan bapa dan selalu mendengar lagunya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia