Harian Metro

Keluar dari destinasi popular

-

Tasik Batur, Air Terjun Sekumpul lokasi perlu diterokai

penerokaan hutan dari Kampung Sekumpul merentas sungai menemukan anda dengan permata tersembuny­i di utara Bali, iaitu Air Terjun Sekumpul. Dilihat dari kejauhan, pemandanga­n yang disajikan terlalu istimewa.

Air Terjun Sekumpul ini meliputi tujuh tingkat air terjun dan bagi peneroka gua, menikmati pemandanga­n hutan hujan yang hijau zamrud sambil duduk di atas batu cerun pasti menghidang­kan kedamaian yang tidak tergambar sebelum ke situ.

Tersembuny­i 29 meter di bawah ombak laut, Taman Pura di Pemuteran, kuil yang meliputi kawasan keseluruha­n 2,500 meter persegi di dasar laut adalah destinasi menyelam yang mengujakan.

Terdapat 10 patung Buddha besar dan pintu kuil setinggi empat meter boleh dilihat saat menyelam di sini.

Mulanya, lokasi ini dibina sebagai sebahagian daripada program pemulihara­an air. Namun, kini ia menjadi salah satu tarikan pelanconga­n popular untuk aktiviti menyelam.

Puas meneroka hutan dan dasar laut, belajar mengenai Pertanian Rumpai Laut di Nusa Lembongan tawar keseronoka­n tersendiri. Jangan lepaskan peluang membabitka­n diri dalam pertanian rumpai laut ini.

Melihat sendiri bagaimana rumpai laut dikeluarka­n dari dasar laut nyata sesuatu yang jarang dilihat di manamana. Pemandanga­n unik dan menarik ketika petani rumpai laut sibuk melakukan kerja seharian dengan timbunan rumpai laut kering di kawasan sekitar memberikan gambaran yang cukup indah.

Turut terkenal dengan seni dan budaya, menghayati budaya setempat adalah satu kemestian. Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksika­n Teater

The Devdan Show, persembaha­n kebudayaan yang cukup memukau.

Mengetenga­hkan unsur moden dan tradisiona­l sepanjang persembaha­n selama 90 minit, pementasan dan tarian yang dipersemba­hkan adalah penghormat­an unik untuk Indonesia.

Pengalaman yang mesti dirasai sekurang-kurangan sekali dalam seumur hidup ini menanti pengunjung dengan pelbagai agenda dan aksi yang memukau pandangan. - Suliati Asri

 ??  ?? KHAZANAH tersembuny­i menanti di dasar laut Bali.
KHAZANAH tersembuny­i menanti di dasar laut Bali.
 ??  ?? RASAI kedinginan air terjun dan kehijauan alam semula jadi yang indah di Air Terjun Sekumpul.
RASAI kedinginan air terjun dan kehijauan alam semula jadi yang indah di Air Terjun Sekumpul.
 ??  ?? PELAJARI penanaman rumpai laut yang unik hanya di Bali.
PELAJARI penanaman rumpai laut yang unik hanya di Bali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia