Harian Metro

Panorama indah 360 darjah

-

dapat melihat keseluruha­n kawasan bandar Melaka hingga ke selat Melaka.

Selepas puas menikmati keindahan bandar Melaka dari atas, kunjungan ke kota bersejarah A’ Famosa dan kawasan sekitarnya termasuk Muzium

Samudera pastinya tidak mengecewak­an.

Walaupun ia sudah lama dan menjadi lokasi wajib dilawati saat ke Melaka, ia nyata tidak membosanka­n kerana nilai sejarahnya yang cukup tinggi.

Riuh-rendah dek pelbagai jenis lagu yang dimainkan si pengayuh beca untuk menarik perhatian pelancong menaiki beca dihias cantik di sekitar kubu Portugis yang dibina pada tahun

1511 itu menambahka­n keseronoka­n.

Selesai menikmati keenakan asam pedas, masakan paling popular di Melaka, penerokaan di kota bersejarah ini diteruskan dengan menaiki Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise ini boleh dinaiki siang dan malam. Walaupun laluan yang sama namun, ia menawarkan pemandanga­n yang berbeza.

Pada waktu siang, landskap menarik dan ‘wall art’ yang berwarna-warni serta kreatif boleh dilihat.

Pada waktu malam pula, kerlipan lampu warna-warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten menambahka­n keterujaan.

Menjadi antara tarikan baru di Melaka, The

Shore Sky Tower pasti membuatkan anda teruja.

The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153 meter.

Di sini, terdapat platform kaca lut sinar dibina untuk

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 5. BECA yang dihias cantik bagi menarik pelancong menaikinya.
5. BECA yang dihias cantik bagi menarik pelancong menaikinya.
 ??  ??
 ??  ?? 1. MENAIKI Menara Taming Sari memperliha­t pemandanga­n bandar Melaka.
2. ‘COCONUT Shake’
3. KOTA A’Famosa bukit tinggalan sejarah yang ada tarikan tersendiri.
4. ASAM pedas menu hidangan popular Melaka.
1. MENAIKI Menara Taming Sari memperliha­t pemandanga­n bandar Melaka. 2. ‘COCONUT Shake’ 3. KOTA A’Famosa bukit tinggalan sejarah yang ada tarikan tersendiri. 4. ASAM pedas menu hidangan popular Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia