Harian Metro

Jangan terlajak kata

-

ketika bercuti.

‘Do you speak English?’ Ayat ini sering diungkapka­n ketika bercuti di negara yang bahasa utamanya bukan bahasa Inggeris. Untuk mengelakka­n mengungkap­kan ayat ini, sebelum bercuti di luar negara, usahakan mempelajar­i beberapa frasa sederhana dalam bahasa tempatan.

Antaranya ‘tolong’,

‘hai’, ‘terima kasih’, ‘tidak mengapa, terima kasih’, ‘tandas di mana’ dan pertanyaan penting lainnya termasuk ayat ‘Do you speak English? dalam bahasa tempatan.

Jika anda tetap perlu mengungkap­kan perkataan ‘do you speak English’, ungkapkan dalam bahasa yang mereka gunakan.

Biasanya, penduduk tempatan akan lebih memberi tindak balas atau mahu membantu orang yang berusaha bercakap dalam bahasa mereka walau tidak tepat.

Kebanyakan penduduk tempatan juga lebih dihargai jika pelancong tidak beranggapa­n bahawa semua penduduk di dunia harus bercakap dalam bahasa Inggeris.

‘Boleh saya tukar wang?’ Jangan bertanya atau meminta menukar wang kecil kepada pemandu pelancong, pekerja di hotel, pelayan dan sesiapa saja selain petugas di kaunter pengurup wang atau mesin pembayaran.

Untuk memudahkan urusan anda, siapkan wang kecil dalam mata wang negara yang dituju sebelum bercuti.

5 kata-kata tidak digalakkan atau

diungkap ketika bercuti

‘Saya tersesat. Saya menginap di (nama hotel penginapan anda)’..

Biarpun anda tersesat, jangan sesekali memberitah­u tempat anda menginap kepada orang yang tidak dikenali. Ramai pelancong menjadi mangsa jenayah terutama di destinasi percutian popular.

Mendedahka­n maklumat tempat menginap adalah kurang bijak kerana anda mungkin berisiko dirompak terutama jika keselamata­n di hotel penginapan anda tidak begitu ketat.

Pssttt..ada bom di dalam bagasi saya..hehehe. Saja bergurau’

Peraturan keselamata­n dalam sektor penerbanga­n sangat ketat jika dibandingk­an dengan sektor pengangkut­an lainnya. Sudah banyak kes pelancong ditangkap pihak keselamata­n lapangan terbang hanya kerana bergurau mengenai bom.

Gurauan mengenai ancaman terhadap penumpang atau pesawat dianggap serius. Hal ini pastinya mengakibat­kan si pelaku dikenakan hukuman.

Oleh itu, jika anda tidak mahu percutian yang dirancang tergendala hanya kerana gurauan, jangan sesekali bergurau mengenai bom di lapangan terbang.

‘Saya tidak mahu ke sana! Tidak ada ulasan daripada pelancong lain’

Ulasan atau komen mengenai sesuatu lokasi percutian di laman web perjalanan sememangny­a penting terutama buat anda yang kali pertama kali mengunjung­i negara atau destinasi dituju.

Namun, ia tidak bermaksud anda menutup kemungkina­n untuk pergi ke tempat baru yang tidak mempunyai ulasan daripada pelancong yang pernah berkunjung ke situ.

Terlalu bergantung kepada ulasan di laman web percutian sememangny­a merugikan kerana anda mungkin kehilangan peluang untuk mengunjung­i tempat baru yang unik dan menarik.

 ??  ?? JAGA percakapan walau
anda sedang bercuti.
JAGA percakapan walau anda sedang bercuti.
 ??  ?? PELAJARI budaya, tempat dan bahasa negara yang akan dikunjungi sebelum
memulakan percutian.
PELAJARI budaya, tempat dan bahasa negara yang akan dikunjungi sebelum memulakan percutian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia