Harian Metro

Telaga Gajah tak pernah kering

-

Daya tarikan di Pendang simpan sejarah tersendiri

Kalau ke Pendang, Kedah, jangan lupa berkunjung ke Telaga Gajah. Telaga ini mendapat nama itu berikutan lokasinya dikatakan menjadi tempat menjinakka­n dan memandikan gajah di sekitar Pendang pada satu ketika dulu.

Terletak di Laman Warisan Majlis Daerah Pendang (MDP), ia adalah telaga asal yang airnya tidak pernah kering walaupun dilanda musim kemarau panjang.

Telaga itu turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila semua gajah mandi di situ selepas balik dari menghantar ufti bunga emas ke Siam memandangk­an pada masa itu haiwan berkenaan menjadi tunggangan utama.

Pada zaman itu juga, Telaga Gajah menjadi sumber bekalan air bersih utama kepada penduduk kawasan Pendang sewaktu kemarau panjang.

Kini, ia dinaik taraf sebagai daya tarikan Pendang yang sinonim dengan sejarah nama daerah itu, selain mampu menarik ramai orang datang ke kawasan itu untuk mengetahui sejarahnya sambil berkunjung ke laman warisan yang terletak bersebelah­annya.

 ??  ?? TELAGA Gajah .
TELAGA Gajah .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia