Harian Metro

Empat hidangan satu pinggan

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Gabungan empat hidangan utama iaitu chicken chop, chicken grill, tenderlon dan lamb chop di dalam satu pinggan nyata cukup mengujakan.

Ditambah pula dengan kuah sos lada hitam dan sos oriental yang istimewa sebagai penambah rasa, menikmati keenakan hidangan Man Vs Meat (MVM) pasti membuatkan anda pulang dengan senyuman puas.

Itulah yang dirasai saat menikmati keenakan hidangan makanan ala Barat di Dapur Embun, Setia Alam, Selangor.

Dibuka setahun lalu, restoran dimiliki dua sahabat, Mohd Fazreen Mohd Fauzi,35 dan Mohd Zaki Ilias,35, menghidang­kan pelbagai menu yang punyai keenakan rasa tersendiri.

Menurut Mohd Zaki,

MVM antara hidangan digemari pelanggann­ya terutama mereka yang sukakan ayam serta daging dan datang bersama keluarga.

“Selain gabungan ayam, kambing dan daging dalam satu pinggan, hidangan ini cukup istimewa kerana walaupun digoreng garing dan dipanggang, ia tetap berjus dan lembut saat dinikmati.

“Sos lada hitam dan sos oriental disediakan sendiri oleh cef berpengala­man menambahka­n lagi keenakan hidangan MVM ini,” katanya.

Selain itu, hidangan nico chiken grill yang lengkap dengan kentang goreng dan salad juga nyata tidak mengecewak­an.

Menariknya, walaupun ayam ini dipanggang garing, ia tidak kering dan tetap berjus saat dimakan.

Rahsianya, adalah cara penyediaan­nya dan sos perapannya.

“Biasanya, ayam yang dipanggang diperap untuk beberapa lama sebelum dipanggang .

“Tetapi, di Dapur Embun, kita tidak memerap ayam dan daging, sebaliknya sos perapan menggunaka­n bahan istimewa diletakkan di atas ayam ketika dipanggang,” katanya.

Satu lagi hidangan yang harus dinikmati saat berkunjung ke Dapur Embun adalah supaghetti carbonara.

Keenakan menu ini terletak pada sosnya yang berlemak dan berkrim.

“Sos carbonara untuk hidangan ini 100 peratus dibuat sendiri dan cara penyediaan­nya juga tersendiri.

“Bagi yang datang bersama anak, supaghetti carbonara dengan kuahnya yang pekat dan tidak pedas sangat sesuai untuk kanakkanak,” katanya.

Hirisan isi ayam, daging goreng garing dan di atas hidangan Supaghetti Carbonara ini menambahka­n keenakanny­a,” tambah Mohd Zaki.

Hidangan nasi ayam ma dan nasi kambing bakar kang spesial juga antara hidangan yang harus dicuba.

Menjadi pelengkap sesuatu hidangan, hidangan air yang pelbagai di

Dapur Embun juga cukup mengujakan.

Menurut Mohd Fazreen, pelbagai pilihan air yang ditawarkan termasuk Helmi Happy Herb atau Triple H.

“Bagi yang inginkan kesegaran dan detoks, Triple H ini dengan gabungan air ribena, soda, laici, serai dan pudina adalah pilihan tepat.

“Sling’s Mix iaitu gabungan buah epal dan oren juga menawarkan rasa yang cukup menyegarka­n.

Selain mengetenga­hkan makanan barat yang enak, keunikan Dapur Embun ini juga terletak pada nama setiap hidangan disajikan.

Kata Mohd Fazreen, Dapur Embun mengetenga­hkan konsep keluarga dan persahabat­an dibuka cetusan idea rakan dan keluarga.

“Bermula dari idea pembukaan kedai, pengubahsu­aian dan pemilihan menu di Dapur Embun ini hasil daripada bantuan rakan dan keluarga.

“Justeru, sebagai penghargaa­n nama rakan dan keluarga diletakkan di setiap menu yang ditawarkan di Dapur Embun,” katanya.

Beroperasi setiap Selasa hinggaAhad dari 6 petang hingga 1 pagi, Dapur Embun menjanjika­n keunikan dan keenakan hidangan barat yang pasti tidak mengecewak­an.

Restoran dimiliki dua

sahabat hidangkan

pelbagai menu dengan keenakan tersendiri

 ?? FOTO: ?? FAZREEN (kiri) dan Zaki bersama hidangan istimewa yang ditawarkan di Dapur Embun.
FOTO: FAZREEN (kiri) dan Zaki bersama hidangan istimewa yang ditawarkan di Dapur Embun.
 ??  ?? TRIPLE H sesuai bagi anda yang inginkan kesegaran.
TRIPLE H sesuai bagi anda yang inginkan kesegaran.
 ??  ?? SOS pekat yang berkrim kekuatan hidangan supaghetti carbonara.
SOS pekat yang berkrim kekuatan hidangan supaghetti carbonara.
 ??  ?? NICO ayam grill.
NICO ayam grill.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia