Harian Metro

Usaha bermula di laman sosial

Kerja amal Siti Sakinah dapat perhatian SCM apabila ditawarkan sebagai setiausaha sebelum dilantik jadi pengerusi

-

DARI MUKA 15

Di Malaysia, usaha membantu rakyat yang menjadi mangsa kekejaman regim itu giat dilakukan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengumpul dana untuk disalurkan menerusi bantuan makanan, keperluan, perlindung­an, perubatan dan pendidikan.

Kesempatan menemui Pengerusi Syria Care Malaysia (SCM) Siti Sakinah Meor Omar Baki baru-baru ini menyingkap usaha wanita berjiwa besar itu menerajui NGO terbabit hingga menjadi antara organisasi aktif memperjuan­gkan nasib rakyat Syria.

Revolusi Syria yang bermula pada Mac 2011 itu menarik minat Siti Sakinah yang hanya mengikuti perkembang­an krisis terbabit daripada Facebook (FB) dan ketika itu hatinya merontaron­ta untuk membuat sesuatu bagi membantu mereka.

“Namun, ketika itu saya tidak bekerja dan menguruska­n rumah tangga sepenuhnya serta menjaga ibu mentua yang menghidap strok. Namun, ada satu perasaan dalam diri yang mendesak saya melakukan sesuatu untuk menjadi suara mereka selepas melihat apa yang berlaku.

“Tambahan pula ketika mengikuti pengajian di universiti di Makkah, hati saya begitu dekat dengan negara itu.

“Saya jatuh cinta terhadap keindahann­ya malah apa saja berkaitan Syria termasuk bahasa dan masyarakat­nya amat menarik minat saya.

“Sebab itu, apabila peristiwa berdarah itu berlaku, awalnya saya amat marah dan tertanya mengapa ada yang sanggup memperlaku­kan mereka seperti itu tapi saya tidak berada di posisi yang mampu melakukan perubahan.

“Namun, setakat marah dan sedih saja tidak mampu mengubah apa-apa. Jadi,

2012 menjadi titik tolak pembabitan dalam misi kemanusiaa­n dengan mengumpul dana secara kecil-kecilan melalui rakan di alam maya selepas aktif berkongsi maklumat dan memberi pendedahan mengenai krisis yang berlaku di negara itu di FB,” katanya.

SEMANGAT SI KECIL

Menurutnya, laman sosial itu dijadikan tempat untuknya berinterak­si dengan orang lain kerana status dirinya sebagai suri rumah yang tidak bersosial di luar. Malah dia tidak menyangka sama sekali usahanya itu mendapat perhatian rakan FB

 ??  ?? SITI Sakinah komited merencana pelbagai program membantu rakyat Syria.
SITI Sakinah komited merencana pelbagai program membantu rakyat Syria.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SYRIA Care menghulur segala
bantuan yang termampu di beberapa kem pelarian sekitar
Lubnan dan Turki.
SYRIA Care menghulur segala bantuan yang termampu di beberapa kem pelarian sekitar Lubnan dan Turki.
 ??  ?? SAKINAH (kanan) mengadakan perbincang­an bersama keluarga SCM.
SAKINAH (kanan) mengadakan perbincang­an bersama keluarga SCM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia