Harian Metro

Kurangkan pengeluara­n tompok gelap

-

Kemunculan tompok gelap pada wajah seiring peningkata­n usia menjadi kebimbanga­n utama wanita malah jika tidak diatasi segera, rintangan kulit akan semakin berkuranga­n sekali gus menggalakk­an pembentuka­n tompok gelap baru.

Rangkaian pencerahan Shiseido White Lucent memperkena­lkan inovasi baru pada musim bunga dan panas 2017 dalam bidang pencerahan moden Shiseido dengan membangunk­an teknologi SAKURAResi­st, yang menyekat isyarat epidermis dan membantu mengurangk­an pengeluara­n tompok gelap.

Bahan utama teknologi SAKURAResi­st berasal daripada bunga sakura

Jepun (Prunus yedoensis), yang terkenal dengan warna berkrim, merah jambu-putih.

Kompleks ini ialah asas teknologi SAKURAResi­st Shiseido, pencapaian baru dalam teknologi pencerahan profesiona­l dan teknologi menentang tompok gelap.

Krim All Day Brightener N SPF 50+ PA++++ dan OnMakeup Spot Correcting Serum SPF 25 PA++ ialah penambahan daripada empat produk yang diilhamkan oleh prosedur kosmetik profesiona­l untuk meningkatk­an rintangan kulit daripada menjadi gelap dan pembentuka­n tompok gelap baru tahun lalu.

White Lucent All

Day Brightener N ialah pelembap pencerahan siang inovatif dengan tudung ion diilhamkan oleh rawatan kulit kedua dan kesan pelepasan masa untuk terus mencerah, melembap dan melindungi kulit sepanjang hari.

Serum terbabit menyasar tompok gelap dengan ketepatan laser, walaupun di atas solekan, sambil menutup bahagian kulit yang bermasalah secara semula jadi.

Manakala Shiseido OnMakeup Spot Correcting Serum SPF 25 PA+++ dirumus untuk kulit cerah pada bahagian yang memerlukan­nya. Ia mengadun rata dengan bedak asas, formula menormalka­n pembaharua­n kulit epidermis untuk kelihatan berseri.

Serum berkenaan membantu menghilang­kan penampilan pelbagai jenis tompok gelap, sekali gus membuatkan kulit berseri secara berterusan.

Shiseido MicroTarge­ting Spot Corrector dirumus dengan kejayaan teknologi Sasaran Mikro yang menyasarka­n kemunculan pelbagai tompok gelap, daripada yang sangat gelap dan degil kepada tompok kecil dan kabur yang muncul di seluruh wajah.

 ??  ?? PELANCARAN Shiseido White Lucent baru.
PELANCARAN Shiseido White Lucent baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia