Harian Metro

Cabaran kecantikan dalam hutan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Selepas melalui uji bakat dan cabaran selama lapan bulan secara intensif oleh jenama penjagaan kulit SK-II, peserta dari Malaysia, Fairuz Nadia Anuar menewaskan lapan finalis untuk dinobatkan sebagai pemenang dalam pertanding­an itu.

Berlangsun­g di kedalaman hutan Okinawa, Jepun, pertembung­an akhir menyaksika­n sembilan wanita bercita-cita tinggi menguji diri dan bersaing antara satu sama lain dalam satu siri cabaran di hutan.

Pada hari terakhir yang mencabar, Nadia atau lebih dikenali sebagai @ innermaver­ick di saluran media sosial akhirnya memenangi hati juri dan peminat dengan kreativiti, karisma dan semangatny­a.

“Perjalanan Beauty Bound tidak dapat digambarka­n dengan katakata dan ia mengubah diri saya dengan keseluruha­n pengalaman. Saya amat berterima kasih kepada semua hakim dan mentor atas bimbingan dan rakan baru dalam komuniti kecantikan yang banyak mengajar saya.

“Pengalaman itu memaksa saya berfikir lebih ke depan dan kreatif untuk melengkapk­an cabaran. Memenangi Beauty Bound ternyata satu dorongan terbesar kepada saya dan menjadi inspirasi untuk terus melakukan yang lebih baik,” katanya yang dinobatkan sebagai pemenang oleh fesyen ikon global dan hakim Global Beauty Bound Musim Kedua, Chiara Ferragni.

Kesinambun­gan kejayaan tayangan pada 2015, Beauty Bound musim ini mencipta sejarah apabila pertama kali memaparkan perjalanan 64 pencipta digital dalam siri realiti web mengejar impian mereka untuk menjadi videoblog kecantikan sensasi di rantau ini.

Membabitka­n hakim dan mentor dari niche berbeza di luar industri kecantikan sementara mewujudkan komuniti pencipta kecantikan, siri ini mengumpulk­an lebih 13 juta penonton di seluruh dunia setakat ini hanya di YouTube.

Siri itu ialah bahagian penting dalam kempen #ChangeDest­iny SK-II, bagi mencabar kepercayaa­n mengenai ketetapan takdir semasa kelahiran, memberi inspirasi juga, memperkasa­kan wanita untuk mengatasi had yang disandarka­n kepada mereka, sama ada dari segi kulit atau dalam kehidupan, menyerlahk­an keperibadi­an dan mencipta nasib sendiri.

Melalui Beauty Bound, SK-II berharap dapat berbakti dan memupuk hubungan tulen dengan masyarakat pencipta dengan menyediaka­n peluang untuk pencipta kecantikan baru mengasah kemahiran, membina pengaruh dan akhirnya, mengubah nasib dan mencapai impian mereka.

Untuk dinobatkan sebagai pemenang, peserta perlu menyelesai­kan cabaran akhir iaitu pengembara­an epik kecantikan mereka di kedalaman hutan Okinawa di Jepun. Peserta perlu melengkapk­an pelbagai cabaran keindahan sosial dengan Facial Treatment Essence ikonik jenama itu dan mewujudkan video 60 saat #FaceTheWil­d diilhamkan oleh filem kempen terkini SK-II dalam tempoh 24 jam yang padat - siri SK-II Face The Wild dan Face the Camera Extreme Expedition with National Geographic.

Selepas beberapa siri pengembara­an liar, eksperimen kecantikan dan suntingan, sembilan finalis membentang­kan video terakhir kepada panel hakim global diketuai oleh Ferragni.

Selepas meneliti hasil tugasan diberi, Nadia dinamakan sebagai Asia Next Top Beauty Creator dan pemenang Beauty Bound Musim Kedua berdasarka­n pengetahua­n kecantikan yang mendalam, penciptaan kandungan media sosial yang terbaik dan persembaha­n mengagumka­n.

 ??  ?? KREATIVITI, karisma dan semangat Nadia memenangi hati juri.
KREATIVITI, karisma dan semangat Nadia memenangi hati juri.
 ??  ?? NADIA (kiri) dinobatkan sebagai juara Beauty Bound Musim Kedua.
NADIA (kiri) dinobatkan sebagai juara Beauty Bound Musim Kedua.
 ??  ?? FERRAGNI (lima dari kiri) bersama sembilan finalis.
FERRAGNI (lima dari kiri) bersama sembilan finalis.
 ??  ?? BEAUTY Bound sebahagian kempen #Changedest­iny jenama SK-II.
BEAUTY Bound sebahagian kempen #Changedest­iny jenama SK-II.
 ??  ?? ANTARA cabaran yang dilaksanak­an dengan baik oleh Nadia.
ANTARA cabaran yang dilaksanak­an dengan baik oleh Nadia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia