Harian Metro

Rambut lebih ringan, tak berminyak

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Syampu dan perapi kembalikan kelembapan optimum untuk kesihatan mahkota wanita

Produk penjagaan rambut profesiona­l dari London Percy & Reed menghasilk­an produk inovasi bermutu sekali gus dilengkapi pelbagai nutrisi baik yang diperlukan rambut.

Rangkaian penjagaan rambut jenama itu tidak berbuih, malah menjadikan rambut ringan, bersih dan tidak berminyak sekali gus mengurangk­an gatal pada kulit kepala.

Syampu pelembap Splendidly Silky dan perapi pelembap Splendidly Silky ialah gabungan paling tepat, menyalurka­n keperluan lembapan optimum pada rambut seperti mendapatka­n rawatan daripada salun profesiona­l. Bau yang dihasilkan keduadua produk ini juga menyenangk­an dan tidak terlalu wangi.

Siri rangkaian ini dicipta khas buat wanita yang mempunyai masalah rambut kering dan bercabang.

Syampunya mengandung­i khasiat seperti vitamin E untuk menghidrat rambut dari hujung ke hujung. Ia mampu mengembali­kan kelembapan pada kadar yang baik demi kesihatan dan kesejahter­aan mahkota wanita moden yang sering sibuk sehingga kehilangan masa menjaga rambut secara rapi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia