Harian Metro

BERKURUNG DALAM PARLIMEN

„ PM Britain tidak mengalami sebarang kecederaan dibawa pengiring bersenjata

-

Perdana Menteri Britain Theresa May yang berada kira-kira 45 meter dari lokasi serangan pengganas di London dilihat meninggalk­an bangunan Parlimen dengan menaiki kenderaan rasminya, sebuah kereta Jaguar berwarna perak pada jam 2.45 petang.

Beliau yang tidak mengalami sebarang kecederaan, keluar dari Palace of Westminste­r bersama sekumpulan pengiring bersenjata menuju ke Downing Street dan dilaporkan selamat.

Seorang saksi berkata, sebuah kenderaan polis dilihat masuk ke dalam New Palace Yard, lokasi kejadian serangan itu berlaku sebelum Perdana Menteri berkenaan meninggalk­an bangunan itu melalui jalan keluar yang lain.

Ahli Parlimen dikunci dalam bangunan berkenaan dan dikawal sepasukan polis bersenjata yang kemudianny­a membuat pemeriksaa­n di setiap bilik jika kemungkina­n terdapat pengganas lain.

Editor Politik MailOnline, James Tapsfield berkata, dia terdengar bunyi ‘bang’ sebaik sebuah kereta merempuh pagar selepas penyerang itu mengamuk di Jambatan Westminste­r sebelum terdengar bunyi tembakan diikuti penyerang berkenaan ditembak di bawah pejabatnya.

“Kami berada di pejabat MailOnline yang menghadap ke New Palace Yard ketika serangan itu berlaku,” katanya.

Seorang individu yang mengambil gambar dengan menggunaka­n kayu swafoto di depan mangsa serangan berkenaan menimbulka­n kemarahan orang ramai yang menyifatka­nnya sebagai tidak berperikem­anusiaan.

Empat terbunuh susulan serangan pengganas di Bangunan Parlimen dan Jambatan Westminste­r yang turut mengorbank­an seorang pegawai polis.

Saksi berkata, situasi kejadian di Jambatan Westminste­r huru-hara seolah-olah seperti babak sebuah filem bencana Hollywood.

Mereka yang berswafoto dengan berlatar belakangka­n mangsa yang terbunuh dan cedera terbaring di atas jalan dianggap keterlalua­n.

“Tergamak mereka melakukan tindakan itu di lokasi kejadian. Mereka seperti tidak mempunyai perasaan dan perbuatan itu tidak boleh diterima,” katanya.

 ??  ?? THERESA dibawa keluar dari Palace of Westminste­r menaiki kenderaan rasminya.
PASUKAN polis bersenjata mengawal bangunan Parlimen di London selepas kejadian serangan pengganas. PASUKAN forensik memeriksa lokasi kejadian di di Bangunan Parlimen, London.
THERESA dibawa keluar dari Palace of Westminste­r menaiki kenderaan rasminya. PASUKAN polis bersenjata mengawal bangunan Parlimen di London selepas kejadian serangan pengganas. PASUKAN forensik memeriksa lokasi kejadian di di Bangunan Parlimen, London.
 ??  ?? PASUKAN paramedik tiba menaiki helikopter untuk merawat mangsa yang tercedera.
PASUKAN paramedik tiba menaiki helikopter untuk merawat mangsa yang tercedera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia